header flash

Sunday, August 16, 2009

:: MONSOON KONVO ::

sekarang ni boleh dikatakan sebagai monsun konvo.. hehehehe... majoriti IPTA berkonvokesyen dlm lingkungan awal hingga akhir bulan ni... jadi tadi tetiba gatal tgn nak belek degree aku.. tpandang la.. 16 OGOS 2008.... oopsssssssssssssss... means hari genap 1 tahun aku konvo...


happy birthday to you...
happy birthday to you...
happy birthday to my degree...
happy birthday to you... =) !!!!


APA YANG MENARIK TENTANG KONVO?
konvo xla menarik cuba merupakan satu peristiwa yang menggembirakan bagi manusia2 yang bergelah pelajar institusi tinggi... setelah berhumpas pulas pgi skolah dari umur 7 tahun, akhirnya msa konvo ni lah dapat membuktikan pencapaian dari segi akademik.. kira kemuncak la bg penat lelah belajar selama hampir 16 tahun... =) saya ulang, selepas penat belajar k.. sy x ckp yg bila dah konvo smua akan berjaya dpt kerja.. tu cerita lain.. xde kaitan dgn konvo..

SIAPA YANG GEMBIRA MASA KONVO?
1) orang yang nak grad tu la mmg orang yang paling2 gembira.. xkan la tukang sapu sampah kat hostel lak yang happy lebih2.. ;p

2) ibu bapa pada mereka-mereka yang konvo.. walaupun dah hampir 6 bulan abis balajar tp x dpt2 keje lagi, tp hari konvo tetap buat mereka-mereka ini gembira.. sebab setelah berpenat lelah htr anak pi skolah, htr pi tuisyen, kirim duit yuran, beli tiket bas and what so ever..akhirnya anak mereka telah berjaya mencapai misi yang didiam2kan.. konvo@graduasi..

3) peniaga-peniaga... yang ni x payah ckp r.. mmg ramai sgt yang bergumbira.. pesta setahun sekali la katakan.. peniaga kat tapak konvo, especially yang jual bunga and makanan, pengusaha2 hotel, pengusahah kedai makan dlm bandar tu.. msa ni la klu ayam seketul biasa harga rm1.50, time konvo ni jd RM3.00.. jgn tkejut...tu harga je tu... jgn tkejut bila nasi goreng kampung yang harga RM6.00 spinggan tu rsa mcm budak tadika masak jek..x sedap langsung... tu adat... nama pun usahawan.. BIJAK MENGAMBIL PELUANG... hal riba jgn tanya kat aku.. yang tu kerja depa dgn ALLAH ... pandai2 la jawab sdiri...
PERKARA YANG DIRISAUKAN
hehehe..walaupun hari yang menggembirakan.. ada benda yang dirisaukan... ukan la benda yang complicated..tapi benda kecik2 jek.. contoh macam...
1) " janganlah baju aku ni ada sma dgn org yang konvo sma dgn aku".. utk konvo hari tu, aku prepare 5 pasang baju.. tp still duk ber dub dab dub dab.. takut ada yang sma..sbb aku ni slalu jek jupe orang pkai baju yg sma dgn aku huhu~~ ;p

2) "janganlah aku tgolek or tsadung atas pentas tu." sah2 malu selagi adanya majlis konvokesyen atas muka bumi ni..silap2 masuk America's Funniest Home Of Video... klu kat m'sia sony tu kan...


MOMENT YANG TAK AKAN DILUPAKAN..
yang ni pendapat personal.. pendapat orang lain aku tak tau... bagi aku.. moement yang tak dapat dilupakan masa menyanyikan lagu Menara Ilmu (lagu USM) dalam dewan tu.. bukannya sebelum2 ni xpenah nyanyi lagu tu... berpuluh2 kali dah nyanyi...tp msa dlm dwn konvo tu.. dia punya feel lain macam.. rsa meremang bulu roma and semangat yang xtau dtg dari mna.. klu suruh ulang 20x non stop pun aku sanggup.. msa tu ada rsa bangga, happy, sedih bla pk dah tak jd students dah and mcm2 rsa lagi.. bagi aku itu adalah moment yang paling tidak dpt dilupakan...
msa trima scroll tu x sempat nak rsa indah..sebab bdebar2 kot2 jalan kangkang ke, kaki terpeloeot ke, pastu duk hafal step nak stop kat mna, nak pusing kat mna(camera) and mcm2 hal lg yang nak kne pikir, so xsempat nak merasai keindahannya.. rsa mcm kne pukau ada.. memula kat tangga pentas nak naik..tup tap tup tap.. uik..dah sampai kat tempat duduk smula.. huhu~~ belajar 16 tahun, momentnya x sampai 2 minit.. papepon.. it's worth it.. =)


NOTES :: fully credits to my beloved brother because he's such a great photographer especially on my graduation day.. and not to forget, Mr AF.. ::

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...