header flash

Tuesday, September 15, 2009

:: MALAM LAILATULQADAR ::

erm.. di hari-hari terakhir sebelum menjelmanya Syawal... semua orang hangat membicarakan tentang malam lailatulqadar... malam keberkatan yang ganjaran pahalanya sama dengan ganjaran bila kita beribadah selama seribu bulan..(korang convert sendiri 1000 bulan = berapa tahun) oleh kerana malam ini begitu istemewa maka Allah pun merahsiakan hari ini daripada manusia untuk memastikan setiap umat-Nya yang beribadat dgn tekun , khusyuk dan tawadduk sahaja memperoleh ganjaran ini... tapi... Allah ada memberikan clue2 untuk menunjukkan ciri-ciri yang berlaku pada malam Lailatulqadar tersebut...


antara clue yang selalu disebut oleh orang-orang tua adalah pada malam lailatulqadar, pokok-pokok akan sujud kepada para malaikat yang turun ke Bumi Allah ini diringi oleh hujan renyai-renyai... jadi.. sila bayangkan bagaimana keadaan pokok yang sedang bersujud OK??.. dah boleh bayang dah? bayang jugak hujan renyai-renyai... kalau dah boleh bayang baru aku nak sambung cerita hehehehe..
ini adalah background fFiendster aku dulu-dulu... huhu~~ sekarang Friendster dah hilang ummph.. or..adakah aku sudah tua, tidak sesuai dgn jiwa Friendster lagi? huhu~~


ini cerita lama.. cerita masa aku darjah satu... setiap petang ada kelas Fardhu Ain kat sekolah.. aku igt lagi nama Ustaz yang ajar aku tu...Ustaz Ismail, duduk di Selinsing, Pasir Puteh, Kelantan... Selinsing tu dalam 8km dari sekolah aku, Sek. Keb. Pak Badol... aku xtau cerita langsung tentang beliau sekarang.. sejak lepas UPSR...Aku tak pernah jumpa dah Ustaz Ismail...tapi ajaran beliau sangat berkesan di hati... walau dimana beliau berada... sama ada masih ada atau telah pergi.. ustaz sentiasa dalam hati dan doa saya... amiiinnnnnnnn....


ceritanya bergini..pada bulan puasa maka kami pon membincangkan tentang Solat Tarawikh.. dan tup tup..masuk topik Lailatulqadar... maka kami pon dengan sepenuh hati tanya kat Ustaz.. iasalah, budak darjah 1..semangat berkobar-kobar dalam jiwa.. "Ustaz... betol ke malam Lailatulqadar semua pokok-pokok sujud Ustaz" (**kami tanya dlm bahasa Kelantan la.. ni aku dah translate dalam bahasa standard hehehehe).. Ustaz Ismail pon senyum then dia pon mula bercerita......ceritanya lebih kurang mcm ni..


Pada zaman dahulu... zaman guna lampu pelita..xde elektrik... jadi bila malam memang gelap gumpita la.. hanya diterangi cahaya bulan.... ada seorang lelaki ni.. dia bela lembu..seekor je.. jadi bila malam.. dia akan turun pindahkan lembu dari depan umah bawak ke belakang dan ikat pada pokok kelapa... jadi.. pada suatu malam tu... hujan renyai-renyai... jadi dia tak bawak pelita turun dgn dia... dia redah jek malam tu sbb mcm orang kata la.... kalau dah biasa buat, sambil pejam mata pon boleh wat kan... so sma la dengan lelaki ni.. kawasan umah dia mesti dia dah pro.. dlm gelap pon dia tau kawasan umah dia mcm mna... jadi..dalam hujan renyai-renyai tadi.. dia tarik lembu dia, bawak ke belakang.. jln beberapa langkah pastu ikat lembu dia pada pokok kelapa yang dia selalu ikat lembu dia la... klu dalam bahasa kelantan...dia kata "tambat lembu"... sebab hujan dan gelap..dia pon cepat2 la naik umah kan.. so bangun pagi esok.. dia tgk lembu dia tadi tgantung kat pokok kelapa... hehehehe..sebab rupe2nya malam tu malam lailatuqadar... masa dia ikat lembu dia tu... pokok kelapa tu tgh sujud rupenya..so dalam gelap tu, dia ikat tali lembu dia pada bahagian daun pokok kelapa tu, bukan perdu.. so bila pagi, pokok bangun dari keadaan sujud..tgantung la lembu dia.. hahahahaha... kami semua bantai la gelak dgr cerita Ustaz tu.... sampai berair mata gelak... hahahahaha...


"Kamu pernah dengar cerita macam tu? " tanya Ustaz..Kami geleng-geleng kepala je la.. Ustaz pon sambung... " Cuba kamu fikir... kalau betol pokok-pokok tu sujud, memang dah banyak cerita macam ni terjadi..tapi kamu tak pernah dengar kan? jadi pasal pokok sujud ni adalah perumpamaan... pokok sujud cara dia, bukan sujud macam cara kita... sama jugak.. pokok-pokok dan juga makhluk-makhluk lain sentiasa berzikir.. tapi pernah kamu dengar? pernah kamu tengoh ayam duk bersila pegang tasbih meratib? tak pernah kan... tapi makhluk-makhluk ini sentiasa berzikir...tapi dgn cara mereka sendiri..sama juga dengan cerita pokok sujud di malam Lailatulqadar.... " Ustaz Ismail menghabiskan ayatnya dengan senyuman.... dan sampai sekarang ajaran Ustaz masih terngiang-ngiang dalam ingatan aku... Terima kasih Ustaz.. walaupon Ustaz bukanlah graduan Al-Azhar atau mana-mana universiti..tapi Ustaz tetap Ustaz yang terbaik... semoga Ustaz sentiasa dirahmati dan diberkati... amiiiiiiiiiiiiinnnnnnnnn...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...