header flash

Wednesday, October 21, 2009

:: KENAPA MANUSIA BEGITU KEJAM? ::


selepas beberapa tahun kita dikejutkan dgn berita Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin, hari ini skali lagi kita dapat melihat cerita yang hampir sama..

DIdera, dirogol, diliwat

"KAJANG: Kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang lelaki Afrika didakwa sanggup mendera, merogol dan meliwat anak kekasihnya yang baru berusia tiga tahun sehingga kanak-kanak itu menemui ajal.

Malah, kekasih wanita terbabit yang juga seorang janda berusia 24 tahun tergamak bersekongkol dengan warga asing itu apabila sanggup berbohong dengan mereka cerita kononnya anaknya mati akibat didera pembantu rumah.

Bagaimanapun, siasatan polis mendapati fakta dalam keterangan diberikan wanita yang bekerja sebagai setiausaha itu meragukan sebelum merumuskannya sebagai pembohongan apabila mendapati wanita terbabit tidak pernah menggaji pembantu rumah yang didakwa melarikan diri sejurus selepas tragedi menyayat hati itu.

Sumber polis berkata, wanita rakyat tempatan itu dikesan menjalinkan hubungan dengan lelaki Sudan terbabit sejak beberapa bulan lalu.
"


bezanya.. dalam berita hari ini.. ibu kanak-kanak tersebut terlibat sama.. mcm mna boleh jadi sampai mcm ni? mana hilangnya sifat keibuan sehingga masih sanggup melindungi kekasih walhal nyawa anak tergadai? kes Nurin dahulu, ramai yang mengalirkan air mata bila memikirkan keperitan hati seorang ibu untuk menerima kematian anaknya dalam keadaan yang menyayat hati.. tapi dalam kes hari ini, masih ada ramai yang mengalirkan air mata..

1)air mata memikirkan apakah malang nasib si anak berusia 3 tahun tersebut kerana mendapat ibu seperti itu..
2)air mata memikirkan kemanakah pergi nilai keibuaan.. masih mampu membela tindakan lelaki yang tidak mempunyai tali persaudaraan sedangkan darah daging sendiri telah dibunuh, dirogol, diliwat? apa yang ada dalam fikiran si ibu???
3) ape perasaan si lelaki itu ketika merogol budak berusia 3 tahun?? ada ape wei???? klu 13 tahun tu boleh gak terima akal.. ni 3 tahun... yang jenis mcm ni.. patut "kasi" je senang.. mmg dah xboleh nak kawal nafsu... xde belas kasihan.. buta hati..!!

kanak2 umur 3 tahun pon boleh menjadi mangsa.. mcm mna dgn kanak2 yang lain2.. either yg lebih muda atau lebih tua.. masihkah dunia ini selamat untuk mereka?? mcm mna dgn keselamatan anak2 aku nnt? adakah tempat untuk mereka hidup dgn aman suatu hari nnt? dimanakah nilai MELINDUNGI HAK KANAK-KANAK??? --> heh...terbocor soalan moral lak.. huhu`..abaikan iklan ini.~
adakah ini petunjuk dunia benar-benar sudah berada di ambang akhir zaman???

akhir kata..SERIUS..!!! aku mmg benci dgn fenomena si ibu yang bersekongkol dgn suami @ kekasih berkaitan kes2 mcm ni... lindungilah hak anak anda.. tanpa anda.. anak anda tak lahir.. so tolong bertanggungjawab.. kalau lelaki wat mcm ni boleh terima lagi sebab hati lelaki xsesuci hati ibu.. tapi klu ibu yg xde jiwa nurani mcm tu.. mmg xlayak jadi ibu ah.. jadi ibu ayam je kot yang layak.. lps ni pgi buat vasektomi.. puaskan nafsu tanpa perlu ada anak klu tak pandai nak lindungi mereka.. sekian..

Sunday, October 18, 2009

:: NAWAITU BERMASYARAKAT TERBANTUT::


aku sangat busy.... busy dgn mcm2 hal.. tapi penyumbang terbesar kebusyan aku xlain dan xbukan adalah Facebook...dan lebih khusus ialah Farmville ;p oleh sebab itu.. aku tidak mempunyai masa terluang.. smua waktu luang aku diisi dgn aktiviti virtual... what to say... skrg kan zaman cyber hakhakhak..

maka..pagi tadi..aku cuba untuk memecahkan ruyung kebusyan aku itu dgn melakukan aktiviti joging + lepak tepi sungai bersama-sama dgn Mr AF... selepas itu terlintas nawaitu nak menziarahi guru pembimbing aku masa aku praktikal (see..aku siah berukhwahfillah lagi dgn guru pembimbing..xmcm sorang tu.. siap mngamuk dgn guru pembimbing..sungguh kurang etika huhu~~)..sbb aku dgr dia xsihat.. alang2 nak pegi mlawat guru pembimbing aku tu..aku pon pasang nawaitu terus utk pegi melawat Opah, tuan umah msa aku praktikal.. so lps mnonton Twilight tepi sungai..aku ajak Mr AF pegi Econsave carik buah tangan... (xpasal2 kantoi dgn Kak Ma Kalsum kat Econsave..aku sengih je ah )

lepas pilih2 barang..aku pon balik r..so singgah terusu mah guru pembimbing... jenuh aku bagi salam.. xde orang jawab..nak bukak pagar pon xboleh... call xangkat.. so aku pon melangkah longlai pegi kat kreta.. huhu~~ sedikit kecewa hajat nak berukhwah xercapai... dr umah guru pembimbing..aku meneruskan destinasi ke rumah Opah... sama jugak.. bagi salam xde orang jawab.. tekan loceng pon xde bunyi..tp tingkap bukak... nak bkak pagar..pagar auto.. dalam hati "wah..Opah dah pakai gate auto skrg.. cayalah opah" hehehehe... tapi pada msa yang sama sedikit hampa.. hari ni takleh nak mengeratkan ukhwah fillah... huhu~~ apa la nasib... so aku balik umah.. letak brg2 buah tgn tu ats almari.. dgn niat.. "petang esok ah klu rajin aku pi lagi.. ".. semoga nawaitu untuk mengeratkan silaturrahim terlaksana.. amiiiiiiiiinnnnnnnnnnnnnnnn....


Thursday, October 15, 2009

:: HAPPY BIRTHDAY EZRY ::

Hari ni 16 Oktober maka genaplah 5 tahun umur Ezry... hehehehe...sape Ezry?? ezry tu nephew aku..tu yg gambar kat profile aku tu... hehehe..


Happy Birthday Ezry.. !!! hari tu cik sue dah beli kek awal2 kan.. ni ada hadiah, tp cik sue xpos lagi.. alang2 dah tlambat.. biarla lambat terus hikhik.. erm..esok cik sue xbalik KL.. xpelah Ezry potong kek birthday Ezry (sempena wat open house) tanap kehadiran cik sue.. cewah!! bajet aku penting sangat.. aku xde xleh sambut birthday la konon hakhakhak..


kehadiran ezry ni telah mewarnai kehidupan aku..segala keletahnya menjadi hiburan hati.. tapi rasa mcm baru je lagi tgk Ezry duk merangkak..alih2 hari ni dah 5 tahun... huhu~~ actually aku takut... takut dgn waktu... setakat hari ini, ezry masih mcm dulu..periang pot pet pot pet.. aku takut bila Ezry makin besar, Ezry akan jadi pendiam atau dgn erti kata lainnya... jauh dari aku... ye lah..biasa bila dah besar budak akan jd makin pendiam dan wat hal dia sendiri.. huhu~~ hilanglah warna-warna ceria dalam hidup aku nnt =(

untuk ezry...SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-5.. cik sue doa semoga Ezry akan jadi anak yang baik... dan Ezry kekal as my best nephew =).. happy birthday dear.. love you
sooooooooooooooooooooooooooooooooo much !!!!

Thursday, October 8, 2009

:: 95, 97, KUNING, HIJAU ::


Heh.. skrg ni klu nak isi minyak aku pening... walaupon dah hampir sebulan Kerajaan Malaysia memperkenalkan petrol Ron 95 dan 97..tapi aku baru jek pi stesen minyak untuk isi minyak... kebetulan sebelum2 ni ayah aku ada kat umah aku, so dia la yg isikan minyak (sambil2 dia bawak kreta aku jalan2 hehehehe...aku x suruh k.. ayah aku isi dgn rela hati.. ;p )tapi baru-baru ni aku pi isi minyak.. baru la aku mulai rasai kekeliruannya...

al kisahnya aku adalah pengguna Shell... so slama ni, bila gi petrol station, aku hanya tau.. pam merah = Shell V-Power... pam hijau = minyak biasa2 jek... aku of course la isi myk yg hijau jek.. takat toyol aku tu.. abang ipar aku kta membazir duit jek isi power racing sbb plg laju pon 120 jek.. sambil2 boleh save barang seringgit dua..hakhakhak.. (ceh..kutuk my toyol ye.. xpe..xpe.. I redha dgn ketentuan Illahi.. hehehe )..

so bila aku gi station myk hari tu.. aku mula la mngalami kejutan budaya... aku tgk.. ada pam kuning and pam hijau... Hah!! dub dap dub dap.. aku nak isi yang mna nih... aku mmg tak simpan dlm kpala Ron 95 tu jenis mcm mna, Ron 97 tu jenis mcm mna... xtau dah yang mna mahal, yang mna murah... bila pekerja tu tnya nak yg mana...aku dah menggelabah... dia pon explain la.. yang kuning Ron 95..(dia siap sebut hargaper liter tapi aku dah lupe).. pastu dia sambung... yang hijau Ron 97.. RM2.10/RM2.20 seliter..(aku ingat2 lupe) pastu aku otomatik.. erm..bg yang murah tu la.. hahahaha... (giler bajet bunyinya ahakz).. tapi aku dlm hati berdebar2.. beberapa persoalan muncul...

1)toyol aku tu sesuai ke dgn minyak kuning tu? (Ron 95)... sbb aku biasa isi yang pam hijau dulu..

2) yg pam hijau skrg ni sma ke dgn pam hijau dulu? huhu~~tapi nape dia naik harga? sob sob sob...

3)petrol Shell V-Power memang dah xde la skrg? dia stop terus?

4)so pasni, aku aku nak isi minyak, aku patut amik yang mna ni? kuning ke hijau? tolong..tolong... *(dalam hati aku nak isi yang kuning sbb tergugat r ekonomi aku klu kne isi hijau.. huhu~~ ..nak minyak yang murah gak sob sob sob....)


p/s: dgn penuh jijur dan ikhlas aku mengakui kebutaan ilmuku dalam bidang bidang otomotif.. tau drive jek... enjin2 ni xmo amik tau... =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...