header flash

Thursday, July 29, 2010

:: BERBEZA TAPI SAMA ::

Saya penggemar televisyen.... hahahhaha.. mcm pelik jek intro aku nih.... ahakz... tp xpe,,nak teruskan jugak... ehem..!! Saya penggemar televisyen..dari kecil lagi sy membesar bersama-sama dengan televisyen.. mungkin kerana faktor sy keseorang di rumah memandangkan kakak dan abang saya berada di asrama seawal saya darjah 1... maka.untuk mengisi masa yang tersangat lapang..saya suka menonton televisyen.. tapi, perubahan berlaku seiring dengan perubahan zaman dan umur....masa di hostel..saya kaki bilik tv... sanggup ponteng semayang berjemaah semata2 nak tgk nding drama cina Cold Blood Warm Heart kat bilik study... penah kena denda oleh warden sebab menonton cerita hindustan Bichoo secara haram sbb CD bwk dari umah, bukan dari warden ;p ataupun bersesak2 di bilik TV Sri Ixora KMPP semata nak tgk Edisi Siasat yang "HOT" dlu tuh... hahahaha... byk lagi ah cerita2 berkaitan dgn menonton televisyen mahupun CD cerita Jepun + Korea + Omputeh..tak larat nak wat flash back dah..

tapi sekarang sy dah menginjak tua... eh bukan... sy menginjak dewasa... dan saya bekerjaya... menyebabkan masa untuk diluangkan untuk menonton televisyen adalah terhad dan limited.. hikhik.. saje nak kasik otak anda berselirat ;p... saya sambung.. memandangkan saya sudah bekerjaya.. maka masa untuk menonton televisyen adalah terhad.. kadang-kadang... terlena depan tv... sob sobsob.. ~~ hidup sebagai orang dewasa sgt tidak mengujakan.. unless apabila dapat gaji ahakz...

disebabkan oleh masa yang terhad.. saya hanya mengikuti beberapa series dengan sangat serius... sejak dari episod satu season 1 sampai sekarang... xtinggal satu pisod pon.... ngehngehngeh.... tipu..kekadang ada gak tertinggal satu dua episod... akibat daripada terlena depan tv sebab keletihan... dan saya akan emo bila terjaga huhu~~


saya sangat suka cerita Ugly Betty sebab dia laju & banyak isu jika nak dibandingkan dengan Yo soy Betty La Fea... sy sgt menyampah dgn cerita itu.... tp pada msa itu sy terpaksa tgk smbil rsa meluat dlm hati sbb slow yang amat... saya suke Ugly Betty kerana... tidak melebihi 20 patah perkataan.. ces.. igt ni peraduan cabutan berutah ke ape... hahaha... saya suka Ugly Betty kerana saya rsa ada banyak persamaan antara saya dan Betty... 1st of all.. mestilah sbb saya dan Betty adalah sama2 hodoh... dan kami menjadi mangsa beauty discrimination dimana lelaki suke membuli wanita2 yang kurang cntik untuk membuat segala kerja dan tugasan manakalayang cantik rupawan dilayan mcm princess..apa kerja pon xpyh buat... tapi dapat pelbagai kata pujian dan yang sewaktu dengannya... huh!! tp xpe.. orang mcm kami akan membuktikan kami akan berjaya dengan hasil usaha titik peluh sendiri...dan cinta datang dengan keikhlasan hati.. bukan hanya sekadar memandang kecantikan luaran.. hati mesti mau baik!! ceewah!! so motivated... *kenyit mata sambil lidah terjelir

cerita seterusnya yang saya selalu tgk ialah Desperate Housewives... walaupon sy masih single mingle bukanya housewife... tapi saya suke tgk cerita ini.. sy selalu berangan nak jadi isteri yang cantik mcm Gaby (bab materialistik tu dah sama dah ahakz ).. nak jadi isteri yang perfect pandai masak, pandai kemas umah macam Bree... tapi saya kne terima hakikat.. most of the time.. kita akan jadi mcm Lynnette apabila menguruskan umah tangga dalam keadaan yang sebenar hehehe... dan sy mmg agak clumsy ala2 Susan.... hehehe.. complete!! semua ciri menepati diri saya.. sbb tu saya suke tgk cerita ini di samping ayat2 narrator dia yang banyak memberi pengajaran tentang life... even bukan dari budaya yang sama.. tapi kita boleh menagambil iktibar.... =)


weeeeeeeeeeeee...ANTP memang saya suke... bukan ape..sy suke tgk bila mereka amik gambar... mereka kelihatan sangat cantik di dalam setiap gambar itu even hakikatnya, di luar mereka xdelah cantik sangat.. saya sangat mengagumi kesan make up dan fotografi dalam rancangan ini.. saya follow dari sycle 1 sampai la skrg..cycle 13... dan setiap episod..saya akan berkata dalam hati "aku klu make up mcm ni.. tambah2 fotographer pro ni lak yang amik gmbr..mesti blh jadi cantik jugak..." waka waka eh eh.... hahaha...



Latest..sy mengikuti cerita ini...GLEE!!! amazingly superb!! suke cerita ni sebab dia buat lagu cover version menjadi sgt best dan menjadidkan setiap liriknya sangat bermakna.... bila tgk cerita ni..secara tak langusng akan turut berkaraoke sama sama ada secara zahiriah (boleh dgr suaraku yang sumbang ikut menyanyi) atau secara kupendam dalam hati (nyanyi dalam hati) or pasca karok (lepas tgk, search lagu dan lyric dlm you tube and nyanyi) hikhikhik.... and lagi satu... hidung Rachel besar mcm hidung saya... hahaha... itulah chemistry yang wujud ahakz ;p


keempat-empat series ini berbeza Genre dan jalan cerita.. .tapi merka ada satu persamaan ... HOMOSEXUAL!!! setiap cerita dia tas mempunyai satu watak yang HOMOSEXUAL.... dan usually gay....ini adalah cara "mereka" untuk menyerapkan unsur homo kedalam jiwa masyarakat.... sesungguhnya gejala cinta sejenis ini memang parah termasuk di negara kita sendiri..

UGLY BETTY -mark
DESPERATE HOUSEWIVES - lee & bob, catherine & robin
ANTM - miss J. Alexander (auww)
GLEE - kurt hummel

even saya peminat setia cerita-cerita ini...dan saya datang dari girl boarding school... saya tidak menyokong dunia homo ini.... sekian wassalam =)

p/s : actually ada lagi series yang sy tgk secara serius seperti MERLIN, CSI, 10 THINGS I HATE ABOUT YOU & 90210.. tapi xde watak homo..so tidak berkait untuk diceritakan dalam entry ini...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...