header flash

Sunday, September 26, 2010

:: BEAUTY IS PAIN ::

ERM.... semua org suka benda cantik..
jadi sebab tu semua orang berlumba-lumba nak kelihatan cantik...
or nak jadi cantik... --> bagi perempuan la..

kenapa perempuan jadi mcm ni...
smuanya sebab lelaki..
lelaki suka pada perempuan cantik... hahahaha.... x.. itu adalah faktau... {fakta pada sesetengah orang.. auta bg sesetengah yang lain } .. statement itu tidak tepat 100%...


ok.. bercerita psal perempuan ingin kelihatan cantik...
macam-macam usaha yang diorg buat...
termasuklah aku...
dah aku xkisah jika antaranya menyebabkan aku go through the pain... physically or emotionally..

ok.. contoh yang pertama...

semua org tau..
heels adalah tidak bagus untuk kesihatan tulang belakang,lutut dan mcm2 dalam jangka masa yang sma... xpercaya?? baca sini
especially aku yang suka lenguh2 urat saraf ni..
dah tau klu pakai heels kaki akan lenguh...pinggang akan lenguh.... [physically]
dan bila aku lenguh.... mesti aku mtk tolong mak aku tlg sapu ubat...
sambil mak aku sapu... mesti dia akan membebel sbb aku gatal xsedar diri nak jugak pakai heels even dah tau urat xtahan lasak.. and it's hurt me [ emotionally]... insaf kejap... anak solehah dgr nasihat ibu... pastu pakai balik.. and aku tau.. ramai org mcm aku... betul x? hehehe.. .
untuk mengelakkan rsa bersalah pada kaki,lutut dan tulang belakang aku... aku pakai heels dari brand2 yang konon specialist untuk kaki... menjadi ke x.. aku tawakkal je la... hehehehe....

yang kedua....
demi untuk muka akan keliatan licin dan suci {bak kata beautician aku}
maka...aku relakan jek tiap2 bulan dia tenyeh muka aku utk singkirkan the mother devil of blackhead and whitehead...
even sesopan or segraceful {kebetulan nama dia Grace} dia tenyeh muka aku...
sakit tetap sakit.... ah..memang sakit wei.. perit giler rsa...... rsa mcm nak terangkat kaki tendang dinding sbb mmg [physically] hurting me... tp xboleh r nak tendang2..aku maintain jek bear the pain...sebab apa?? sebab nak soh nampak cantik la.....hahaha..
masa bayar tu it hurts me [emotionally].....faham-faham la kan kenapa huhu~~.. dan yang paling menyedihkan... bila ada suara2 berbunyi yang kemungkinan benar kata-katanya " tiap2 bulan habis duit beratus... tp muka duk mcm tu jgak.... xde cantik2 pun....".. sob sobsob.... it's hurt me [emotionally].... dan memang pon.. kadang2 rsa mcm membazir pon ada..... iskh.. T________T


dan..semua maklum..aku ni bukannya kulit fairandlovely....aku nih kulit DARKbutstilllovely.... hahahahahahaha.... jd... selepas terburn dgn hebat semasa MSSD....maka aku lebih berhati-hati melindungi kulit daripada sinaran cahaya matahari yg terik melampau.... especialli time drive balik kerja... jd..aku akan pkai sarung tangan masa drive..utk elakkan tgn aku daripada tona kulitnya menjadi gelap... dan msa nak kuar pagar sekolah mesti akan berselisish dgn pelajar2 yg turut sma nak balik ke rumah diorg kan.. mestilah ada acara lambai melambai flying memflying kiss dgn students.... dan of course students2 aku akan nmpk sarung tgn yang aku akan pakai tu... dan adalah bunyi2 yang mcm ni... "WAH teacher.... mcm org kerja wat jalan...."..... cessssssssss..... it hurting me [emotionally] wahahahaha....

dan kekadang.... terbongkok2 untuk scrub kaki.... kilat2kan kuku tangan dan kaki.... memang melenguhkan tulang belakang dan tulang tangan.... [physically]

hahaha...itu sjelah pngalaman aku.... ada ramai lg wanita di luar sna tu yg mempunyai lagi banyak pengalaman untuk membuktikan bahawa "BEAUTY IS PAIN" contohnya waxing ke, diet smpai xmkn nasi lemah bermaya nak jln.. liposuction ke.. suntik botox ke...plastic surgery ke..dan mcm2 lagi.... ... kekadang sampai tak terfikir mereka sanggup buat smpai mcm tu untuk jadi cantik....

kepada semua wanita yang membaca entry ini.... tidak salah jika ingin kelihatan cantik..
dan tidak salah jika anda sanggup bersakit semata-mata untuk jadi sakit.. tp.. fikir baik2lah... berbaloikah??? dan apa yang PALING PENTING.... tidak salah jika hanya mengalami kesakitan dunia semata-mata untuk jadi cantik... tapi jangan sampai DI AKHIRAT KELAK MENDAPAT SAKIT SEMATA-MATA UNTUK KELIHATAN CANTIK DI DINIA.....fikir dlu..apa yg korang buat tu... melanggar hukum agama ke x... hehehe.... dah jd ustazah lak... ;p

p/s : beauty is pain..pain is beauty... aku tgh sakit pinggang ni... adakah maksudnya aku cantik??? wahahahahaha....... sila muntah skrg.... ;p




:: gmbr di ambil dr en. Google ::

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...