header flash

Saturday, September 4, 2010

:: CERITA MERDEKA ::


Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah...


wah... penuh semangat patriotik aku menyanyikan lagu ini.... hehe.. sungguh!! aku sgt berbangga menjadi warganegara Malaysia.... sejak dari kecil aku suka tgk perarakan Hari Merdeka di TV..aku xske nak pergi sbb aku sgt99999 xske crowded... dan aku selalu mengimpikan untuk menjadi salah seorang dr budak sekolah yang terlibat dgn perarakan tersebut.. wat formation2 yang sgt proud to be Malysian... tp skrg..dgn umur skrg.. aku sedar aku xboleh nak terlibat dah utk wat formasi2 itu... cuma skrg aku berharap agar suatu hari nnt.. aku terlibat untuk melatih para pelajar membuat formasi2 ini.. hahaha..besar sungguh impian... macamlah berbakat.. ok..!! noktah untuk cerita impian aku... sambung kpd entry....
walaupon Malaysia xsemaju Amerika, negara2 Eropah, Jepun ataupon jiran cinonit kita Singapura.. sekurang-kurangnya aku masih mampu untuk bersyukur hidup dinegara yang aman damai (aman damaikah?) dan stabil berbanding negara2 lain seperti Indonesia (carta no 1 sbb dia nak wat loklaq dgn Malaysia kesayangan hamba sgt)... tapi disebalik merdeka.. banyak kisah yang perlu kita renung...

**proud of 5T students.... di dalam kegembiraan menyambut kemerdekaan negara.. rakyat Plaestin yang masih tertindas tidak dilupakan.... **

CERITA SATU
kisah Negara Indonesia yang xsudah2 nak dengki dgn negara kita. memang klu ikutkan hati muda yang panas dan pendek akal.. nak jek aku pijak balik bendera Indon pastu ambil gambar banyak2...pastu published kat FB, kat blog, kat Friendster, kat Picasa WA... tapi bila difikir secara waras.... xde pekdah sesen pon aku wat mcm tu.... biarlah orang2 Indon shj yang bertindak seperti orang yang xde akal dan agama... kita wat2 rilex shj... klu pasni negara depa dilanda musibah ape pon... kita wat rileks jek..xpyh kelam kabut nak htr misi bantuan kepada mereka yg xkenang budi ini.. baik kita hantar bantuan kat Afghanistan, Pakistan dan Palestine.. di mana umat Islam yang hidup dlm seba kedaifan dan paling penting.. mereka tahu untuk berterima kasih.. x mcm jiran kita yg xsedar diri tu....

cuma..sy xpuas ati.. kenapa stesen TV kita ske sgt amik sinetron2 dr sebrang nih? yg kualiti bagus macam Kiamat Sudah Dekat or Para Pencari Tuhan tu halallah... tp yg lain2 tu..smua kualiti gred G punya drama.. tolonglah stop.. mcm org bodoh jek tgk drama Indon... level budak tadika punya drama... drama MALAYSIA lagi byk yang bagus {kalau plot cerita tu bg lau sikit and kurangkan iklan}...

CERITA DUA
1 Malaysia Menjana Transformasi.. ye..perpaduan sgt penting... tapi skrg dpt dilihat... ramai individu menggunakan sentimen perkauman untuk mencapai status berkepentingan peribadi.... sgt busuk hati manusia seperti itu... memecahbelahkan perpaduan untuk menangguk di air yang keruh... aku xdapat nak bygkan mcm mna rupa Malaysia pada masa hadapan... sekurang-kurangnya dulu dan sekarang, aku masih sempat merasai nikmat keamanan di Malaysia... tapi mcm mna dgn nasib anak2 aku nnt? jgn terlau alpa atau bangga dgn status kemerdekaan negara.... ingat.. kita hanya baru merdeka selama 53 tahun.... kita pernah dijajah selama 400 tahun....kalau nak banding... takat hujung kuku zaman dijajah dlu jek.. jgn gadai negara semata2 untuk kepentingan peribadi...ingat jasa prajurit2 dan rakyat2 Tanah Melayu yang telah berkorban nyawa dan harta untuk mencapai sebuah kemerdekaan bagi Malaysia... anda menanggung "hutang" yg teramat byk dgn mereka2 dan juga generasi2 yang akan dtg sekiranya menggadai kemerdekaan dan keamanan negara...

CERITA 3
Merdeka yang disambut membawa maksud kita bebas dari penjajahan yang berbentuk authority... bermaksud.. apabila mencapai kemerdekaan.. kita mentadbir negara kita sendiri.. tanap pengaruh kuasa luar.... kita berhak 100% ke atas tanah air kita... itu maksud kemerdekaan {dari Kamus Dewan :: merdeka (merd├ęka) bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain ::}... tapi skrg... generasi baru kita telah menyalahtafsirkan erti kemerdekaan tersebut (remaja melayu khususnya).... kenapa jd begini? sebab mereka dilahirkan dlm zaman yang aman makmur... xpernah tau mcm mna perit untuk dptkan makanan..mcm mana perit bila hak sebagai peribumi dinafikan.. mcm mna perit untuk ke sesuatu tempat... aku cerita pun bkn berdasarkan pengalaman aku... tapi berdasarkan penceritaan generasi yang lebih berumur dr aku...aku lahir2 je dah silau dgn cahaya lampu.... xpernah kenal erti panas...sbb dah dibesarkan dgn kipas dan air cond... xpernah kenal erti susah sbb smua benda ada kemajuan sains dan teknologi.... sbb tu bila ma + abah aku cerita mcm mna diorg dlu kne pasang pelita..aku mcm xblh nak terima mcm mna hidup tanpa elektrik.. mcm mna hidup tanpa air paip.. mcm mna hidup bila basuh baju kat sungai... mcm mna hidup bila buah rambutan pon berebut mcm jumpa harta karun... mcm mna susah jln kaki 6km sehari utk pergi skolah... mcm mna susah pkai kasut skolah koyak rabak... mcm mna berharganya Hari rRaya sebab msa Raya je ada baju baru...

yg org selalu sebut "zaman dlu barang murah"... mayb sbb aku yg kekadang berjaya jgak thinking out of box jd kurang senang bila org hanya sebut psal harga barang pd zaman dahulu.. tp faktor lain mcm orang xnak amibil peduli..... memang brg2 zaman dlu murah..sejajar la dgn kos sara hidup zmn dlu yg rendah... tapi pernah dengar orang zaman dahulu gaji $3000.00.. satu dalam 2000 org kot yang gaji mcm tu... majoriti bertani..sbb tu even kasut sekolah harga $1.50 sepasang... tp ramai yang pakai kasut skolah koyak rabak..bukan sbb kedekut... tp xmampu... even dgn harga $1.50 shj sepasang... so fikirlah.. betapa susahnya nak dpt duit zaman dahulu dan betapa xde fasiliti ps zmn dahulu... mau aku meraung klu kne basuh bju kat sungai... kat hostel pon main aci masuk washing machine RM2 skali cuci tu...... klu budak skrg.. bagi duit belanja RM1.50 sehari.. mau hentak2 kaki xmo pi skolah.. plg koman demand nak RM2.00... duit raya klu bagi RM1... terus buat muka... dlu.. dpt duit raya rm1... terlompat2 macam katak dah..aku lahir zaman Tun Dr. Mahathir {terima kasih Tun... jasamu xkan dilupa olehku.. u're the best PM}... maksudnya aku lahir zaman moden... cuma aku dapat hayati keperitan2 ini melalui kisah2 yang mak ayah aku certia... melalaui Novel Dihadapan Pulau {punya susah nak habaiskan novel KOMSAS ni dlu..baca sambil sumpah seranah.. sumpah cerita xbest giler nak banding dgn novel negeri lain... tapi skrg.. baru aku dpt mesej yg sebenanrnya...hidup sebelum merdeka..sgt perit.. sehinggakan nak bca pon xsanggup.apatah lg nak laluinya sendiri. }... dan Alhamdulillah... mungkin juga kerana Allah mengurniakan aku dgn akal yang mampu berfikir logik... boleh kenal erti kesyukuran...

tapi padahnya terasa skarang apabila lahir generasi zaman moden... akal xnak guna... sesuka hati bg difinisi sendiri kepada erti kemerdekaan... bila tnya apa maksud merdeka... laju jawab... "Merdeka ialah bebas!!" {sambil tgn duk wat lambang peace..peace..rock you!! lelaki mata bercelak.. seluar londeh}... dan sebab itu jugaklah... lahirnya masalah seperti ini...





bebas xguna akal.. ini lah akibatnya... bila hidup tanpa landasan Agama... maka amanah ALLAH dan tanggungjawab terhadap ALLAH dan sesama umat manusia dipersiakan2 semata2 kerana nafsu dan IQ xsampai 10...

xsanggup nak tgk.. kesian kat baby yang xberdosa ini.... dan kesain kat mereka yang dah kahwin..susah nak dpt anak..belanja puluh2 ribu untuk IVF.... tapi ada org yang sanggup buang... bunuh... pastu sanggup pulak bakar la ape la... xnak bg org jumpa.. sungguh animal..!!! dan mungkin.. bila suatu hari.. mereka dah settle down... mereka tidak dikurniakan anak.. baru mereka akan meratapi setiap perbuatan mereka dahulu... aku harap mereka yang tergolong ini sempat bertaubat... kerana sungguh besar dosa mereka...

tertarik dgn kata2 seorang rakan pada tahun lepas... masa tu kes buang bayi ni ada...tp xsemeriah tahun ini... dia kta "cba tgk.. kes buang bayi ni byk msa bulan 5 (may) dan bulan 9(sept)... hasil 'projek' lembu2 msa mlm Merdeka dan Tahun Baru"...

tapi skrg sy nak mencelah.... lembu lagi mulia dr manusia mcm ini... sekian...





P/S : JGN CEMARI ERTI KEMERDEKAAN NEGARA KITA..... JADILAH GENERASI BETAMADUN DAN BERDAYA SAING KE ARAH MALAYSIA YANG SEJAHTERA UNTUK GENERASI MASA HADAPAN

hayatilah video ini <-- data-blogger-escaped-span="" data-blogger-escaped-tgk="" data-blogger-escaped-wajib="">


:: semua gambar bayi terbuang itu sumbangan En. Google ::

2 comments:

K.Yanie said...

well said hasni..akak selalu terpikir camne la nasib negara kita masa depan dgn pelbagai jenis ragam manusia zaman skang ni..semoga kekal aman damai hendaknya..Amin..

HASNIZA IBRAHIM said...

kak yanie..ada jugak org seperasaan dgn saya.. sy igt sy sorg jek yg risaukan akan nasib Malysia di masa hadapan... itulah.. semoga kekal aman damai hendaknya..aminn.. untuk keamanan generasi2 akan datang...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...