header flash

Wednesday, September 15, 2010

:: DEJA VU ::


FUHHHHHHH!! FUHHHHHHHHHHHH!! -> tiup habuk2, debu2 and sawang kat blog ni... almaklumla... lama sgt xbukak... sibuk membuat persiapan raya + sibuk berhari raya... hehehe... { di kesempatan ini, masih belum terlewat seandainya saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN kepada pembaca-pembaca blog saya yang picisandankurangilimiahpastubanyakmerapudankekadangsyoksendiri.. saya menyusun 10 jari andai ayat2 ini pernah mengguris hati dan jiwa secara langsung dan xlangsung...}.. dengan bermulanya Syawal... saya berazam untuk menjadi orang yang lebih baik dan lebih beretika dan bertanggunjawab dan labih matang... hahaha...ape kes bulan Syawal nak wat azam... xpe..xpe... mana2 bulan pon boleh nak wat azam..yang penting.. ada keazaman.. thuuuuuuuu dhia!!!.. ayat berbelit2 sudah datang hahaha...

mcm mana suasana hari raya kali ni? pada aku hari raya ini agak suram berbanding tahun-tahun yang sebelumnya.. mungkin disebabkan beberapa faktor yang tak dapat dikenalpasti... aku cuba menyenaraikan beberapa faktor tapi xdapat nak membua keputusan yang sahih lagi muktamad...

1) tahun ni banyak mengimbau kenangan raya nostalgia....menyebabkan aku rasa pada umur begini... tersangatlah tidak meriah berbanding masa zaman muda-muda dlu.. lebih2 lagi bila banding masa zaman skolah rendah yg tentu hari raya terasa maha best... psiko btol la aku nih..

2) hasrat nak bakar bunga api merdeka pompampompam xkesampaian sbb stock abes.. sobsobsob.. cuba bersangka baik dgn berfikiran mungkin hikmahnya supaya xmembazir duit huhu~~

3) maybe rancangan TV macam hampagas... penuh dengan cerita hantu dan cerita lawak..
CERITA HANTU
-dibuat2 supaya jadi seram sampai dah xlogik jdnya.. contoh.. aku beriya2 nak tgk cte "Jangan Tegur".. so tercongokla tengok.. tapi sakit hati giler bila tgk.. dalam rumah ada jenazah... pastu biar jek jenazah sensorang mcm tu... mcm jahiliah la pulak.. biasa yang aku tgk secara betol.. klu nak kebumi awal pagi esok... jenazah tu orang xtinggal sensorang..orang akan sentiasa duk baca ayat-ayat al-quran.... pengarah mcm mna ni??? huhu~~

CERITA LAWAK
aku tunggu la nak tengok..tapi sesaat pon xde part yang aku boleh nak gelak.. lawak apekebenda??? benci btol la dgn lawak bodo mcm tu.... argghhhhh.. rakyat Malaysia ni bodoh2 ke sampai pengarah duk wat cerita2 bodo macam tu? dapat sambutan ke? terhina aku rasa bila menonton... huh!!

4) yg ni complicated nak explain.. mesti jd panjang berjela-jela...ok mcm ni..

-biasanya klu kakak aku xbalik beraya di rumah mertua, aku dan family akan beraya kat umah kakak aku kat KL... jadi aku akan duk kat KL sampai la habis cuti... {bersama seluruh ahli keluarga disepanjang cuti adalah kemeriahan raya }..
- kalau kakak aku beraya di rumah mertua dia di Ipoh.. maka ahli keluarga aku yang selebihnya akan beraya di Parit Buntar.... kakak aku akan sampaila pada raya ke-2 or ke-3 dan stay di sini sehingga dua hari or sehari sebelum cuti abes dan kembali bekerja.... raya pertama dan ke dua dan ketiga biasanya masih meriah dgn kunjungan tamu dan aku menjadi tetamu.... jd pengisian cuti raya adalah penuh dan dapat bersama ahli keluarga sehingga habis cuti (lebih kurang)

pada tahun ini... kakak aku xberaya pertama di rumah mertua... dan aku satu family beraya di Parit Buntar... raya ke-3, kakaknda bergerak ke rumah mertua... cuti panjang nih.. almost 2 minggu.. raya ke-4 org dah xde dtg beraya... klu ada pon xmeriah mcm raya pertama-ketiga... jadi hati mula terasa sunyi sebab menghabiskan diri dgn tidak lengkap ahli keluarga... huhu~~.. jadi..jika anda teringin untuk mengubati jiwa parahku ini... mai dtg beraya umah aku ramai-ramai.. bg aku rasa kemeriahannya sementara nak kembali bekerja lusa nih... bila xde tamu ka umah..mula la rasa duk nyanyi lagu Kris Dayanti- Meniti Hari.. tu yang redup Parit Buntar sehari dua nih.. hahahaha .... { terasa mcm nak suggest kak kakak aku... 1st raya raya kat umah mertua... pastu baru dtg raya sini sampai hari-hari2 terakhir cuti? ;p } skali kakak aku wat btol.. ada la pulak orang wat entry "1 syawal yang tidak meriah" hahaha... aih.. masalah jiwa btol la aku nih.. huhu~~

dah separuh hari baca... xde satu pon yang boleh relate dgn tajuk entry.. deja vu konon...

sabaq.. ada lagi faktor terakhir..
gambar ini diambil di sini

5) mungkin raya kurang meriah tahun ni sebab negara digemparkan dengan berita pembunuhan kejam arwah Datuk Sosilawati pada hari kedua raya.... suasana tergempar macam ni pernah aku rasa masa hari raya masa aku tingkatan 2, tahun 1999 {ohho..ni check kat google.. sbb dlm meori aku igt masa aku darjah 5 huhu~~).... masihkah korang ingat..dalam kemeriahan main bunga api... ada mak spupu aku cakap.. "Along Spoon kne bunuh..".. terus semua orang duk tunggu berita...masa tu bunuh tikam tikam pastu buang kat gaung tu dah rasa kejam thap binatang dah tu...
dan tahun ni berlaku lagi.. seolah-olah DEJA VU {mcm drama Melayu... mesti kena ulang sebut tajuk drama dalam dialog} hari raya duk tunggu berita... macam xpercaya pon ada... sebab dalam hati aku..masa orang kecoh kata arwah hilang.. aku yakin dan percaya polis akan jumpa mreka hidup-hidup... tup tup.. kata kene bunuh... igt jumpa mayat ke ape.. xsangka sekejam itu rakyat Malaysia sampai mampu bunuh, bakar, buang (3B)... rsa macam xpercaya {sampai la aku xleh bayang mcm mna.sbb terlalu seksa... so aku hanya nampak wajah sosilawati yang tersenyum...} ni aku yang xde kaitan darah daging or pernah dapat wang sumbangan ke ape.. mesti lagi teruk perasaan orang yang mengenali arwah..... xde perasaan belas langsung ke masa wat kat orang macam tu?? memang aku mengutuk giler tindakan perbuatan mereka-mereka ini (mcm PM or menteri-menteri lak cakap "mengutuk tindakan" ).. yang paling kesian... 3 0rang lagi yang xpasal-pasal menjadi mangsa keadaan... takziah diucapkan kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat.. dan takziah juga kepada semua ahli keluarga suspek.. malang sungguh kalian ada darah daging kejam xberperikemanusiaan macam tu...

apa pon.. al-fatihah..semoga arwah yang terlbat dalam kes pembunuhan kejam ini (kes sosilawati dan rakan-rakan + yang dilaporkan hilang tapi masih belom dikenalpasti) ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman (bagi yang beragama Islam lah)....

p/s : pendapat aku secara individu.. tanpa ada sebaran niat politik or mengaut keuntungan or mencetuskan kontroversi... bila org bandingkan antara kes Altantuya dan Sosilawati... aku dengan yakin bahawa kes Sosilawati adalah lebih dahyat berbanding Altantuya... cuba kita lihat... Altatuya tu bukannya yang "baik-baik" sgt.. ada skandal... datang nak mintak duit @ blackmailing... cuma..xpatutla beliau di bomb sebegitu rupa (kejam tahan iblis gak)... berbanding dgn Sosilawati... segala duit yag dia ada adalah duit hasil dari titik peluh beliau.. xde jadi perempuan simpanan ke apa.. byk la jugak hulur sumbangan bantu org yang perlukan bantuan... tinggi la sikit pekertinya... jadi.. Sosilawati tidak seharusnya diperlakukan sebegitu...dibakar sampai jadi abu.. buang pulak kat sungai... mmg kejam ah manusia tu... xleh nak ckp dah mcm mna.. akhirat soksok memang xterlepas ah... tapi harap kat dunia ni pon dia xterlepas jugak.. JAHAT!!!!{sampai x poin aku nih.. huh..susah btol nak explain..xfaham xpe lah... abaikan. xmasuk PTK ~~ } sekali lagi.. al-fatihah....

TIDAK LUPA..SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA PDRM KERANA BERJAYA MENYELESAIKAN KES INI DALAM MASA YANG PANTAS.. MEMANG CEKAP... !! SALUT!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...