header flash

Friday, April 22, 2011

:: REZEKI HARI INI ::

semalam ada majlis persaraan untuk seorang cikgu kat sekolah..
cikgu ni seorang yang sangat cool....
aku jarang bercakap dengan cikgu ni....... tapi aku hormat cikgu ni....
aku memang xpernah cakap la dengan dia sebelum ni... sebab segan..
tapi masa nak bagi kad undangan ke kenduri kahwin..
aku bagi sendiri kad pada cikgu ni...
masa tu la baru aku bercakap dengan cikgu ni....
dan yang paling buat aku terharu...
cikgu ni pergi majlis kenduri aku.... satu family lagi...
siap beberapa kali lagi amik gambar dengan wife and anak-anak dia..
sungguh aku terharu sebab aku xsangka cikgu tu akan dtg...
sbb jarang bercakap...tapi cikgu tu sudi datang dan mesra macam sentiasa beramah mesra dengannya sebelum ini...macam kenal rapat...
sungguh aku terharu.....rasa macam menyesal aku xmemberanikan diri untuk bertegur sapa dengan cikgu tu sebelum ni...~~ T_______T (aku cerita kat kawan2 aku betapa aku terharu..)



dan semalam..cikgu ni sudah bersara.....
aku xtau nak bagi ape...
aku beli kad jek..sbb aku rasa cikgu ni seseorang yang mempunyai nilai sentimental...
yang menghargai kad..... (ada setengah2 orang...kad xmemberi sebarang erti....)
ikhlas untuk cikgu tersebut....



masa beratur utk send off..... beliau ada la bagi tanda kenangan untuk cikgu2....
key chain koala/kanggaroo.... dari aussie....
bila sampai turn aku..... tadaaaaa...........



aku dapat koala teddy..... sangat gembira...... \(*overhelmed*)/.....

tapi.... apa yang saya belajar dari cikgu tersebut...
rakan-rakan guru di sekolah saya kata...selama 30 tahun beliau di sekolah tersebut....
apa yang paling ketara.... beliau tidak pernah merungut tentang makanan...
sedap ke x... beliau akan habiskan makanan tersebut...
xmacam aku dan ramai lagi yang diluar sana...
kalau xsedap..akan merungut dan makan sejemput sahaja...
tapi tidak bagi beliau....
beliau akan habiskan dan kata.... "inilah rezeki kita pada hari ini"
terus aku menangis...
terasa diri sangat tidak mulia...
terasa diri sangat kufur nikmat...
dah la makan memilih... pastu kadang2 kalau rasa kurang enak.. mesti nak makan sejemput..
dan yang makin buat saya rasa berdosa..
sebab most of the time.... makanan tu xde la xsedap sangat..
boleh je nak makan sampai habis..
tapi memandangkan orang disekeliling semua makan sejemput...
aku pun makan sejemput jugak.. takut orang disekeliling kata aku xde taste..
huhu~~ sungguh berdosa.. harap Allah ampunkan dosaku..... ~~
jadi.. mulai hari ini.. jangan merungut tentang makanan...
ingatlah.... semua itu "rezeki kita pada hari ini"...
thanks Cikgu Ahmad Nawawi.... teladan yang sangat berharga.... =)
patutlah beliau boleh melancong ke banyak negara (ASEAN, EUROPE, ASIA TIMUR.... semua beliau dah pi....).. Allah murahkan rezeki beliau..... sebab beliau menghargai segala rezeki yang Allah berikan..... harap pasni..Allah murahkan rezeki aku lak... =)


ok...nak stop dulu... nak menonton maharaja lawak... =)


p/s : dalam ucapan beliau... beliau menyebut ada 3 jenis manusia...

1) orang yang hebat, orang yang bercakap tentang idea..
2) orang yang sederhana, orang yang bercakap tentang diri sendiri...
3) orang kecil.. sentiasa bercakap tentang orang lain..

huhu~~ ok..pasni aku akan banyak bercerita tentang idea.... idea untuk mengisi aktiviti weekend boleh? ahakz.. ;p

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...