header flash

Tuesday, April 12, 2011

:: TIADA IDEA ::



Sape dah tengok cite Merong Mahawangsa?
sape dah tengok? sape dah tengok??

AKU!! AKU !! AKU!! (ceh...sendiri tanya sendiri jawab.... debish!!! --> tolong tumbuk bagi pihak pembaca ;p )


so... klu korang xtengok lagi.... aku nak cadangkan korang pgi la tengok...
xpon..klu dah abes tayang kat panggung... pegi la cari CD/DVD original... bukan ape..dapatla membantu KRU yang dah abes modal RM 8,000,000.00 untuk menghasilkan filem tersebut...


secara peribadi.... filem Merong Mahawangsa ni adalah filem Melayu terbaik yang pernah aku tengok.... terbaik dari segi cinematografi.... angle camera shoot tu sangat la the best ... memang xde lagi la filem Melayu yang camera shoot canggih cenggitu.... memang nangis r Razak Mohaideen dgn Mamat Khalid..... takat babak lari selipar kat tangan cerita Hantu Kak Limah tu memang xmasuk
book r.... (bahasa Kelantan yg di standardkan.... heh heh heh )

tapi dari segi jalan cerita banyak la lagi kelemahan cerita Merong jika nak banding dengan filem2 internasional.... (kalau banding dgn fielm-filem Malaysia dah memang 5 bintang dah la.... tepuk tepuk tepuk!! ) ;p..... antara perkara-perkara atau part-part yang kurang menyengat dalam cerita Merong ialah :

1) interscene dia sangat2 la xsmooth... klu orang ada penyakit lemah jantung memang urut-urut dada r ironinya.... hehehehe...

2) awatla costume Dato' Rahim Razali tu lawak sungguh? macam naruto pon ada ahakz..

3) part yang paling-paling xboleh diterima akal... part cermin pantul cahaya samapai melecur tentera jahat dengan perahu-perahunya sekali..wahahahaha..sungguhla xlogik... pantulan cahaya dah jadi mcm pancaran laser... rasa terkilan..xkan la Yusry xnampak kelemahan part ni masa dia direct...??

papepon..cerita ni tetap la filem Melayu terhebat.....sebab setakat ni... aku rasa filem melayu yang lain2 tu..xlayak untuk diangkat jadi filem.. hanya layak untuk jd drama je pada sudut pandangan mata aku... huhuhu~~~


kemudian aku tengok cerita CUN.... semasa jiwa duka lara...en suami bawak pergi tangok cerita lawak dengan harapan hati puan

isteri dapat berbunga ceria.... kesudahnnya..dapatla pn isteri tergelak-gelak jugak even hati rawan..... hahahaha...cerita yang sangat cute.... tapi seperti biasa.. mesti ada jugak aku nak komen...

1) cerita tu bising sangat..... cakap ala2 nak menjerit... huhu~~

2) faizah elai sangat comel dan lawak dalam cerita tu...memang la dia bawak watak tomboi..tapi....rasa macam xsedap mata memanandang la part yang dia pakai seluar pendek duk menyanyi ramai2 kat pondok tu... sangat2 la kurang sopan gayanya huhu~~...

keseluruhannya..cerita dia sangat comel... mencuit hati... lagi lawak dari pisau cukur....yang berlakon jd minah senget nama Manis tu tersangatla comel dan penghayatan 100%... tp aku xtau sape pelakon dia..tp mmg best ah dia blakon... Kembang pun best jugak hehehehe =) tp macam biasalah..standard2 cerita melayu je la.. tp jauh la laaaaagi best dr hantu kak limah tu... huhu~~


jap!! pekehal ko bagi tajuk entry "TIADA IDEA" tapi tulis dekat separuh buku pasal review filem?

huhu~~ actually yang kat atas-atas tu intro.. ini point dia..

ramai pengarah di Malaysia...tapi kebanyakan mereka xde idea...
kalau buat filem... filem tu meletup la katakan...
maka..tunggulah sebulan dua lagi... sah2 akan keluar the series pulak...

xpun.. klu buat drama... dan drama tu meletup-letup kat TV...
tunggulah setahun lepas tu..sah2 kuar the movies pulak...


huhu~~ sungguh kurang kreativiti... macam xde idea...
pusing-pusing benda sama...
adeh la.... busannnnnnnnn......


cuba la variasikan santapan untuk mata penonton...
banyak novel yang best... cuba la buat filem or drama dari novel2...
baru la meletup-letup....








sekian entry saya.... ;p

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...