header flash

Saturday, May 14, 2011

:: SANTAU ::

Hari ini hari sabtu..
Maka sekarang ini pagi Sabtu..
Jadi korang mesti hairan kan pehal lak entry " seram"..
Padahalnya bukannya aku menulis di malam Khamis sewaktu segala TV duk siar cerita hantu ( geleng2 kepala.. Mak tak suke cerita hantu tau..x kuasa mak nak tgk TV hari Khamis nyah!!!!)

Ok..cukuplah intro merapu meraban.. Kita beralih kepada tajuk kita... SANTAU... (xde kaitan dengan filem santau okeyh... aku xtgk pun cte ni huhu~~.. pinjam gambar dr en. google jek... ) ;p


Selama aku duk kat Kelantan..aku xpernah dengar istilah santau dalam kalangan masyarakat Kelantan... Memang xpernah dengar... Tapi aku tau perkataan santau itu..
Dari mana aku tau?? Konfemlah dari Majalah Mestika huhu~~.. Kan banyak cerita pasal benda2 macam tu dalam majalah tu..

ok..xmo seram lama2.. takut lenguh bulu roma korang sebab duk tegak meremang kan..
al kisahnya begini...

A : tengah hari ni kita nak gi makan kat mana ek?
B : iskh.. xberani la nak makan kat luar... sekarang ni musim orang buang santau....
A: kalau macam tu... kita gi makan kat KFC lah senang..
B: erk... KFC bebas santau ke?
A : entah..tetiba jek terlintas nak cakap macam tu...

jadi persaolannya... siapa boleh tolong menjawab persoalan kami..
adakah santau hanya berkesan di kedai makan warung-warung..??
or fast food, food court, restaurant aircond pun boleh jadi sasaran??
buntu dalam mencari jawapan.. kalau ada jawapan.. tolong share2 ek..


papepon..aku berlindung dengan Allah daripada benda2 syirik macam ni...
sedikit pengetahuan untuk dikongsikan...
sebelum makan atau minum.. selain doa makan..baca doa ini..

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِىلاَ يَضُرُّمَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى اْلأَرْضِ وَلاَفِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
“Dengan nama Allah, yang dengan namaNya akan terhalanglah segala sesuatu di bumi dan di langit, untuk menimpakan bencana, dan Dia maha Mendengar dan maha Mengetahui”

p/s: sentiasa berwaspada... kerana benar kata pepatah... rambut sama hitam..hati lain-lain... hasad itu sentiasa ada..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...