header flash

Tuesday, June 7, 2011

:: LANGKAWI TRIP 2011 ::

**INI ADALAH ENTRY YANG PANJANG..SEKIRANYA MENYAYANGI MATA ANDA,TAK MAU DIA LENGUH MEMBACA + MELIHAT GAMBAR2... JANGAN BACA... TAPI KALAU NAK DAPAT INFO TENTANG NAK PERGI KE LANGKAWI...TERUSKAN **






penat-penat sakit sakit badan masih terasa...
tapi... aku cuba untuk melunaskan kerja yang masih belum disettlkan.
dari pagi tadi aku cuba untuk mendraft paper work untuk kelas tambahan Biologi  & juga paper work untuk pertandingan Drama Bahasa Inggeris... kesudahannya... aku melangut jek depan laptop..xtau nak taip ape.. jari jemari seolah membeku untuk menari-nari di atas keypad menyusun kata-kata...


aku pun try la membuka blog... dan tanpa aku suruh... tgk hasilnya... jari jemari aku begitu rancak menekan punat-punat perkataan untuk menyulam kata-kata di atas lembaran blog picisan ini... cewwwahhh..ayat sastera sungguh... sebab itu aku rasa... menjadi seorang blogger juga merupakan satu gifted... sebab bukan semua orang boleh menulis dengan panjang lebar untuk benda yang ciput sahaja pointnya seterusnya mempusing pusingkan dan menyelirat-liratkan neuron-neuron pada pembaca ahahahaha.... {sesi mempuji diri sendiri ahakz ;p }


berbalik kepada cerita... aku baru sahaja pulang dari berhoneymoon kali ke dua bercuti dari Pulau Langkawi.. actualy ini kali kedua menjejakkan kaki ke tanah helang ini selepas 4 tahun yang lampau... 


bersama ahli keluarga kesayangan hati Beta.... actually percutian kali ini dirancang sejak bulan Disember 2010 lagi... hehehe.... dan untuk tahun depan masih belum dirancang... [well... we'll wait and see where is our next destination... ]


percutian selama 4 hari 3 malam ini ditaja penginapannya dan pemakanannya oleh IBU & BAPA saya... wahhhh!!! terima kasih ibu bapa!!! [dapatlah save duit untuk mempersiapkan diri kot2 nak dapat anak nak kena beli stroller segala bagai ahakz ;p ]


memandangnkan pergi dalam kuantiti orang yang ramai iaitu 9 orang dewasa + 3 orang kanak-kanak yang belum mumaiyyiz.... maka homestay lebih convenient  berbanding hotel... barulah boleh duduk berkampung bersama-sama..tidak dipisahkan oleh pintu-pintu bilik hotel... hehehehe...maka.. homestay yang bertuah dipilih oleh kami ialah HASZLENA HOMESTAY... or kami yang bertuah sebab homestay itu sangat la best... complete semua benda.... recommended!!!! 


disebabkan kami ramai... dan bertolak dari dua destinasi... kumpulan famili kakak aku yang dari KL bertolak ke langkawi dengan air plane... kami memanggilnya... kumpulan eyoplane {mengikut pelat si kembar erina erisya hehehe ;p }


kami dari Parit Buntar yang menaiki ferry dipanggil sebagai Geng Ferry... 


perjalanan bermula dengan membaca doa... itu of koslah kan... hehehe.. perjalanan menuju ke Langkawi dimulai dengan menaiki ferry di Kuala Kedah (KK)... dan sekali lagi kami bertuah... sebab dapat ferry yang best... LADA 2... siap dengan tv LCD segala bagai.. dah r luas.. nak main lari2 relay 4x400m pun boleh dalam tu.. 
ok!! over ;p 

info untuk korang-korang... 

  1. parking berbumbung untuk 3 malam di Kuala Kedah bagi 4 hari 3 malam ialah rm40/kereta...  
  2. tambang ferry dari KK ke Langkawi ialah RM23 sehala... perjalanan lebih kurang 2 jam... 
sesampai di jetty...kami mencari kereta untuk disewa... memandang skrg ni time cuti sekolah... maka harga meningkat double dari musim bukan cuti sekolah {oh!! i hate to be a teacher.... perlu bercuti di time cuti sekolah sahaja!! wawawawawawawaaaaaaaaaaaaaaaa!!! nak kerja opissss!!! }  ---> tetiba kena sawan emosi ahakz ;p !! maka.. dapatlah sebijik kereta Nissan Sentra (A) dengan harga RM90/day.... *(kalau bukan cuti sekolah..maybe dalam RM40/day) dan kakak aku mengambil sebiji Innova dgn kos RM200/day..

dah dapat kereta apa lagi... menuju ke homestay dengan penuh gaya... OTW tu singgah la menjamu perut dulu..{ kan lapar kan..aku makan orang ahahahaha....} homestay itu dengan pekan kuah adalah dalam 10-15 minit macam tu la.. (aku sgt failed dalam hal ehwal menganggar jarak)... sampai2 di tempat penginapan... dalam pukul 2.30.... geng eyoplane dah ada tercongok di sana.. wahahaha.. apa lagi.menjerit2 kegembiraan dan kehairanan la si twin tu alih2 lepas naik aeroplane segala bagai alih2 dtg2 jumpa atuk + nenek depa kat sini ahahaha.. maka..seketika rumah menjadi gamat macam meraikan pesta gawai hendaknya.. [aku xpernah lagi ke pesta gawai... saja nak bagi ikut rima ok..hehehe]


inilah rupa homestay&kereta

maka...disinilah bermula kisah perjalanan..

destinasi
 kami menuju ke GALERI PERDANA... of koslah kan. mestilah ke tempat Tun M yang tercinta... orang yang besar jasanya terhadap M'sia dan of koslah Langkawi tidak terkecuali...apalah Langkawi tanpa Tun M... 
  1. tiket masuk ialah RM5/adult... 
  2. RM3/kid@wargaemas..
  3. RM2/camera... 

berbaloi pi..boleh tgk pelbagai benda yang menarik yang dihadiahkan kepada Tun M sepanjang beliau menjadi PM... unik2 hadiahnya.. yang aku paling kagum.. pasu daripada buluh dari Kerajaan Thai... tgk dari jauh nampak buat macam tembikar jek.. tp bila close up.. thuuu dhiaaaa!!! anyaman benang2 buluh.. halus xterperi... kagum!! 

destinasi 2
malamnyaa...sesudah mengisi perut... kami sesaja menghala ke Dataran Lang pada waktu malam.. tapi sayang..sebab diorang tgh prepare pentas untuk Geopark Fest.. lampu2 dia pasang sikit jek la sbb diorang tgh wat wiring stage tu.. tp xpe.. kami tgk dengan mata cantik jugak... amik gambar la jugak sekeping dua untuk kenang-kenangan di waktu malam... hehehe... 




destinasi 3
xlain dan xbukan... destinasi yang WAJIB  dikunjungi kalau menjejakkan kaki ke bumi Langkawi.. kalau 10 kali datang pun..20 kali la korang kena naik..sebab memang marbeles!!!! 


ok..cerita seorang aku kejap.. ini adalah kali kedua aku ke Langkawi... bagi aku.. Langkawi adalah sebuah tempat pelancongan yang aku nak lawat sekali seumur hidup jek... sebab xde tempat menarik sangat.. jadi bila dtg Langkawi kali kedua ni..aku dah macam pening..rasa bosan sebab xtau nak pi mana.. melainkan naik kereta kabel jek yang wat aku teruja... dan satu lagi.. 99% gambar aku ke langkawi dulu hilang sbb motherboard laptop kong tahap xleh nak recover dah... jadi memang keazaman dtg langkawi kali ke-2 ini adalah berteraskan nak ambil gambar kat ats hanging bridge dengan banyak dan penuh gaya 


{dulu dtg dengan ibu bapa sahaja... pose paling maju aku blh buat ialah angkat dua jari ~peace huhu~~}  
(ini gambar 4 tahun lepas)

dan jugak aku nak bergambar dengan encik suami dengan penuh romantik atas bridge tu.. pastu aku cakap "XMO DAH LA PERGI LANGKAWI PASNI".. dan mungkin sebab ALLAH nak soh aku pegi lagi...maka ALLAH xmakbulkan impian aku untuk naik hanging bridge tu...sebab ape... time kami sampai..cuaca sangat elok... semua dapat tengok pemandangan yang best.. mak mertua + suami ku sangat la teruja.. dan tetiba..kabus menyelubungi sisusuli rintik2 hujan yang halusssssssssss.... huhuhu~~ kami tunggu hampir sejam kat atas tu untuk cuaca kembali pulih... sebab kami semua nak sangat2 naik hanging bridge tu... itu kan mercu tanda idea TUN M... kami pencinta mahathir mestilah nak merasainya.... tapi itulah..xde rezeki...
 nak suruh kami ada matlamat untuk dtg ke LANGKAWI lagi.. hanging brigde takkan dibuka selagi cuaca x betul2 panas untuk mengeringkan lantainya... 
~~ maka kami turun dengan hati yang sebal tetapi mempunya satu keazaman.. LANGKAWI.. aku akan dtg lagi untuk melunaskan impian!! uumph!!!   ----------------- ①
  1. tiket untuk musim cuti sekolah RM30/adult, RM20/kid.. klu bukan cuti sekolah RM15/adult, kids xtau hehehe... RM10 la kot... 
  2. tapi untuk cuti sekolah..dia ada buat happy hour... dari pukul 5 petang - 7 ptg... half price.. RM15/adult, RM10/kid.. tp xdisuggestkan pergi petang.. sebab panas dan kena bertur panjang maka boleh naik kejap jek..
  3. cable car beroperasi dari pukul 9.30 am - 7.30 pm everyday... 
  4. memang xde special price untuk warga emas...

destinasi 4
Telaga Tujuh... telaga tujuh sangat tinggi..tapi abang iparku sikaki hiking.. maka beliau berusaha panjat..berjaya la juga sampai di perigi yang pertama... abang dan encik suami berusaha juga untuk mendaki..tapi sekerat jalan jek..tu pun ketaq lutut depa kata...
 hahahaha... jadi.. telaga tujuh ni.. kalau nak bawak kanak2..xpayah la.. melainkan korang gemarkan aktiviti mendaki daki ni.. bebraloi r naik atas..memang cantik..dan memang best utk mandi... TAPI!! telaga tujuh adalah tempat yang sangat sesuai kalau korang nak beli t-shirt kenang-kenangan Langkawi... ada banyak juga kedai di sini yang menjual t-shirt..harga sangat murah.. dan kain sangat berkualiti... dan peniaga2nya sangatla berbudi bahasa.... maka aku menyarankan korang pergi sini kalau nak beli baju yang ada tulis LANGKAWI.... segala size ada...

destinasi 5
singgah di Petronas Quay,,untuk sesi photoshooting di Venice Malaysia... 
dan juga menjamu selera di KFCnya... sangat cantik untuk photoshoot di sini =)


destinasi 6
memandangkan cuaca mendung dan hujan kadang2 lebat dan kadang2 ranyai2... maka.. plan untuk ke makam mahsuri dan beras terbakar ditangguhkan.. maka kami menyelusuri jalan menuju ke Pantai Cenang.... Cenang merupakan tempat hotel2 3&4 bintang... motel2 kecik pun banyak...atau pendek kata... temepat tumpuan pelancong untuk bermalam.. 1st time datang 4 tahun yang lampau aku pun duduk di Cenang.. ASEANIA Resort.. 
(harga hotel dia berpatutan... pool dia sgt best... sbb panjang jd xcrowded.. hikhikhik)

kesesakannya ala2 Feringhi penang... di situ juga ada Underwater World... tapi kami xmasuk.. sebab mak aku yang dah masuk cakap Aquaria KLCC lagi best.. so kami xnak membazir masa di situ.... hehehehe... tapi kalau korang nak masuk..masukla..sbb kat situ banyak penguin... kat Aquaria xde penguin.. kat Zoo Negara ada la 3,4 ekor.,... hehehehe.,... 

di pantai Cenang ada menawarkan aktiviti water sport... seperti banana boat, parasailing etc.... harga.. xpasti sbb aku xtgk pun.tp rasanya RM65/round... tapi parasailing yang aku tengok.talinya pendek.. naik kat Feringghi lagi best.. hehehehe...

meninggalkan Cenang..kami bali ke rumah untuk beristirehat dan beramal ibadat seketika..

destinasi 7
sebab xsempat nak ke makam mahsuri.. maka melempiaskan kegianana dengan mengunjungi Idaman Suri.. 

wahahahahaha... RAMBANG MATA TAHAP XHENGAT DHONIAAAAAAAA BEB!!!! panggilan pinggan mangkuk sungguh menggetarkan jiwa.... dengan harga yang tersangatlah berbaloi2.... rasa nak borong satu kedai... tapi apakan daya.... aku hanyalah jutawan rupiah ahahahaha..... sebab xtahan dengan nafsu serakah.. maka merembat seset pinggan mangkuk..dengan alasan.. xde lagi set pinggan makan petak... hahahahaha....{terima kasih encik suami hehehe}... disebabakan oleh idaman suri.. aku menanam satu lagi nawaitu.. soksok..dah beli umah sendiri.. nak datang beli pinggan di Langkawi... {klu soksok aku dah beli umah..tp terlupa aku pasang niat ini..adakah berkemungkinan masuk umah  baru aku jadi xlena tidur? huhuhu~~}   ---------------- ②
 di sini.. pinggan mangkuk harganya sangat murah...sudusenduksetcawantowel membuatkan rambang mata dan jiwa tergedik2....

tapi coklat2... di Pekan Kuah lagi murah.... hehehehe.. 

dari pukul 5.30 ptg - 8.30 malam di Idaman Suri memang membuatkan nafas menjadi semput.. semua benda nak beli.. memang best borong sakan.. hahaha... {hilang dah r nak save duit sebagai persediaan nak dapat anak... hohohohoho }

***catatan dari aku : 4 tahun lepas... bila tgk pinggang mangkuk.. aku rasa macam WTH jek orang dtg beli pinggan..xde life langsung.. tp bila dtg masa umur 26 tahun.. hampir2 nak kena sawan..hampir2 nak menjerit kehisteriaan sebab keterujaan yang melampau tengok pinggan mangkuk... wohohohoho.... ;p ***


destinasi 8
seawal jam 9.00 pagi..bertolak ke KILIM Geoforest yang berkedudukan dalam anggaran 10 minit dari tempat penginapan kami...disitu..ayahnda mengambil package mangrove tour selama 2 jam.. aku nak osland tour... tapi orang yang kat situ kata... island tour xsesuai bawak kanak2.. sebab di setiap pulau dia berhenti.. dan takde tempat berteduh..panas untuk kanak2.. apatah lagi island tour masanya 4 jam... ohhohoho..sekali lagi saya hampa.. xpe..next time dtg  nak ber"island" tour dgn incik hubby... --------------- ③


package yang kami ambil meliputi
  1. melawat Gua Kelawar
  2. melihat swimming monkey
  3. bermain-main dengan ikan laut peliharaan...
  4. melintasi Crocodile Cave
  5. Eagle feeding
  6. mengeliling pulau kasut di Laut Andaman.. (kalau nasib baik boleh tengok Dolphin.. wah.. macam Singa Radja di Bali lak.. hehehehe.. )
  7. pergi ke KILIM Geoforest... 
nice... semua orang happy + enjoy...


destinasi 9
turun dari boat.. kami menuju ke Makam Mahsuri...aku dah pernah pi.. tapi kakak aku dan sumiku belom... dan emak mertuaku pun teringin nak gi Makam Mahsuri..mengimbau kenangan beliau datang ke Langkawi 14 tahun yang lampau... maka.. kami pun menjejakkan kaki ke makam Mahsuri... mempekena laksa seround dua.. hahaha..



  1. Tiket RM5/adult... RM2/kid


destinasi 10
selepas mempelajari sejarah Mahsuri.. kami meneruskan perjalanan ke Beras terbakar... orang kata saja ambil syarat.. at least pergi kesemua tempat2 yang berkaitan dengan sejarah   Langkawi...
 di sini..ada banyak pasar.... banyak barang2 kain2 batik baju2 Langkawi dijual.. tapi... diberas terbakar... Hati mudah TERBAKAR dengan kerenah pemilik kedai yang ala2 berlagak... sebab tu aku kata.. kalau nak beli t-shirt.. pegi beli kat telaga 7... kat sini korang boleh la beli kain batik.. banyak pilihan.. even hati bengkak dengan pekedai..so.. t-shirt pegi beli kat telaga 7..kain batik mai beli kat beras terbakar...hehehe..  minuak gamat pun banyak kat sini..so xpayah dah susah2 nak gi kat tempat buat minyak gamat..





destinasi 11
menuju ke Dataran LANG untuk official photoshoot... merewang2 diara situ sebab ada ala2 ekspo bersempoena penutup minggu Langkawi Geopark.. malamnya ada persembahan artis &bunga api... 


destinasi 12
merayap-rayap di pekan up town kuah.. membeli-beli lagi apa yang masih belum dibeli.masuk ke kedai Hj. Ismail.. masuk ke coco valley dan segala bagai.... tapi boleh dikatakan semua orang membeli beg.. aku beli beg sebiji..kakak aku beli beg 2 bijik..mak aku beli beg 2 bijik.. nak isi barang + coklat yang dishopping sepanjang di Langkawi ahahahaha... dah siap membeli barang2 yang perlu dimiliki.. balik ke tempat penginapan...





destinasi 13
malamnya..keluar sekali lagi.. destinasi kali ini.. komples LADA... tengok kot2 betul harga bebas tax tak..tapi bila masuk pusing2... harga xde beza sgt pun dgn sini... {aku masuk kat Levi's jek}... jeans harga sama jek dgn sini..tapi t-shirt murah.. encik suami beli satu sebagai tanda kenang-kenangan hehehe...pastu kami skali lagi pegi town kuah.. ada pasar malam.... sampai pukul 12 malam pasar malam tu beroeprasi..... tapi xde la menarik sangat..dalam xmenarik tu..sempat jugak aku beli shawl dua helai... hohohoho.... jauh gile gi beli shawl..tapi abang aku nak belanja kan... tak baik tolak.. ahahahaha.... 
masa kami di uptown... ma dan abah aku ke dataran LANG tengok perasmian penutupan Langkawi Geofest.. diorg kata best... bunga api cantikkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!  balik semua longlai... tidur tak ingat ape dah.... 


destinasi 14
bangun-bangun pagi... menuju ke Tanjung Rhu yang terletak dalam 15km dari tempat penginapan.... wah!! pantainya sangat cantik..ala-ala Krabi.. 


tapi sedikit terkilan sebab xsempat nak bawak budak2 tu dtg mandi kat sini...dan aku pun terkilan xsempat nak mandi kat sini... maka.menanam impian bila dtg sekali lagi nnt aku nak stay di Tanjung Rhu Beach Resort...  -------- ④  


untuk melaksnakan impian ①,② dan ③... aku mesti melaksanakan impian ④.. fuhuhuhu... kena kumpul duit manyak2 ni... 




destinasi 15


sebelum balik..sambil tunggu2 ferry.. Ferry Terminal adalah sesuai untuk melengkapkan apa yang belum lengkap.. sebagai conton..masa mula2 sampai.. aku beli topi kat situ lah untuk melengkapkan gaya.. tapi agak mahal la..RM20 satu beb..demi gaya aku sanggup hohohoho... bila balik..sambil tunggu ferry tu la baru duk berkira-kira... 
"eh..coklat macam tak cukup la!!" maka bergegaslah menuju ke kedai2 yang ada di sekitar jetty.. harga sama dgn pekan Kuah... dan yang paling best adalah kedai perfumenya.. 
datang Langkawi 1 trolley... balik 3 trolley..semuanya tidak dirancang... fly $$$ fly~~

tersangatlah irresistable.. boleh dapat murah dalam RM50-RM70 berbanding tanah besar... mak aiiii...geram... kalau tidak memikirkan perfume yuang dah bertimbun dalam almari {hantaran bertunang + kahwin}..sah2 aku rembat jugak sebotol dua... apatah lagi berasa jeles tengok si abah membelikan perfume untuk si ma... {encik suami.. next time datang langkawi.. sila jadi romantik macam si abah saya ok..hehehe}... tapi disebabkan geram.. aku rembat jugak beli sebotol.. beli untuk orang... hahaha.. untuk siapa? mana boleh cakap... tunggguuuuuuuuuuuuu.... 


erm..rasaanya 3 tahun lagi la kot baru aku pergi langkawi semula.. sebab..

  1. harap masa tu hangin bridge 2nd phase dah siap
  2. pingang mangkuk kat umah ni pun mesti dah buruk..
  3. insyaallah masa tu dah beli umah sendiri kot..
  4. masa tu baru cukup duit nak bayar Tanjung Rhu Beach Resort untuk 4D3N ko... 



wah..panjang sungguh story aku... harap dapat memberikan info yang terbaik untuk korang yang nak pergi ke Langkawi serta places of interests there.. dan..kalau korang nak shoping sakan tanpa perlu tax.. korang kena bermalam at least 3 malam.. dan simpan resit hotel dan parking di tanah besar sebgai bukti kemasukan korang ke Langkawi...  harap maklumat ini dapat membantu anda merancang percutian di Langkawi dengan kos yang tidak membebankan... sediakan budget cukup2... enjoice!!!  



p/s: bila tengok gambar 4 tahun yang lepas..memang banyak perbezaan size ku...  T___________T okey..menanam azam nak kenjadi kurus... umph!! umph!!! 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...