header flash

Thursday, August 25, 2011

:: CHEESE TART ::


menggiurkan x?
hahahaha... maka disebabkan ramai yang tergoda..
maka..aku menggagahkan diri untuk menaip dikala badan xbermaya di bulan Ramadhan untuk tatapan kalian semua.......
hahahaha..terharu x? terharu x?

senang yang amat....!!
xpadan dengan nama dia yang berbunyi macam grand nak mati...hehehehe..


BAHAN A (PASTRI)
  • 125g butter
  • 63g gula icing..klu xde..blend jek gula biasa....
  • 250g tepung superfine. kalau xde..tepung cap sauh pun boleh...tapi ayak tinggi2.. bagi putih satu umah  ;p
  • 1 kuning telur (saiz B)
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu besar air

CARA-CARA UNTUK BUAT
  1. pukul butter dan gula sepenuh hati macam orang gila mengamuk sampai dia sebati...
  2. masukkan tepung dan gaul sampai dia jadi crumble... ala-ala mcm pasir dalam bahasa kurang rasmi..
  3. kemudian masukkan air, kuning telur dan esen vanilla dan gaul biar jd doh... tutp bekas dan biar selama 15 minit sebelum kita masukkan dia dalam acuan tart.
  4. bakar pada suhu 180C selama 20-25minit... depends pada saiz acuan.... so lepas 20 minit tu rajin2 la jenguk oven.....kalau dah jadi kaler perang tu dah cukup la... 

BAHAN B (FILLING)
  • 250g cream cheese
  • 20g butter
  • 60g gula halus/gula castor
  • 1 biji telur (saiz B)
  • Strawberry filling secukupnya {klu nak blueberry, beli filling blueberry, klu nak orange beli filling blueberry, klu nak oren, beli filling oren, kalau nak coklat, beli filling coklat..klu nak durian, beli filling durian..ok.. aku xlarat nak tulis dah.... pandai2 la decide....aku dah decide strawberry.. ) ;p
CARA-CARA UNTUK BUAT
*(disarankan buat filling ida ni masa kita biarkan doh tu selama 15 tadi..)

  1. cream cheese + butter + gula (pukul dia!! pukul dia!!! pukul dia!!!) sampai kembang..
  2. masukkan telur... pukul sekejap jek..just nak make sure telur tu sebati dgn cheese tu... sekejap tu adala dalam 2,3,4 minit...depends pada tahap ketahanan tangan kamu kepada kelenguhan ahakz ;p
  3. apabila pastri tadi siap dibakar... keluarkan dia.. pipingkan sedikit strawberry filing tu dlm pastri... kemudia piping pulak cream cheese ke dalam pasti itu.. (nak bagi ada inti strawberry la kat dalam tu...)
  4. dah siap piping filling dia... apa lagi.. masukkan kembali ke dalam oven dan bakarlah ia semula selama 10-15 minit dengan suhu 180C jugak... seperti tadi jugak..masa iu depends pada saiz tart kamu...

DECO-DECO
  1. teramat bagus kalau ada strawberry fresh... potong2 letak atas tu... tp klu xde xpe..kita boleh buat corak2 atau tulis...
  2. gambar di atas tu tulis2 sebab itu adalah 1st trial aku... xtau nak deco bila..so lepas piping aku terus bakar... natijahnya xleh lorek2.. maka aku pun tulis2...cantik jugak hahahaha...


klu nak lorek2 macam kat ats ni... lepas filing tu korang deco2...mcm mna nak lorek2 tu... boleh refer SINI



PETUA-PETUA KEPADA DUMMIES SEPERTI AKU

  1. bagi menyenangkan acara membelasah  memukul butter tu..eloklah kiranya korang kuarkan butter tu 30 minit lebih awal..ini bagi melembutkan butter itu... putong butter itu nipis2..jadi masa pukul dia!! pukul dia!! senang sikit dia nak sebati... xdelah nak tercabut lengan.. (berdasarkan pengalaman 1st time buat yang hampir2 tercabut lengan sebab nak pukul butter seketul yang gedabak dan beku...haishhh.... ngeri!!)
  2. cara nak masukkan pastri tu dalam acuan...korang roll la dia dulu bagi nipis.. baru senang nak masukkan... jangan tebal sangat dinding dia... buat nipis2 jek..elok2 penuhi alur2 tu je...
  3. selepas pastri dikabakr kali pertama... sebelim nak isi filling tu.. keluarkan dia siap2 dari acuan... xkan nak deco2 time dalam acuan lagi... comot momot la time nak keluarkan nnt... hehehehe... 
ok!! resipi dah bagi..so apa lagi..selamat beramal.... hulur2 la akt aku jgak klu berjaya masak.. =)



ni 2nd trial aku... nampak lagi berjaya la... pastri dia pun tebal sekata...xdelah tebal gedabak macam 1st trial tu wahahahaha...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...