header flash

Wednesday, December 21, 2011

:: HATI SEKEPING I/C ::

ramai orang dah tau aku kehilangan I/C.. atau dalam bahasa Melayunya Kad Pengenalan...
(ini I/C En. Google)


selaku seorang individu yang baru pertama kali kehilangan anak IC.. maka..
perasaan kelam kelibut itu tidak dapat dipisahkan lagi dgn jiwaku yang tulus mulus ini... ;p

maka...
segenap pelusuk tempat aku cari...
PURSE TU TAK PAYAH KIRA LA BERAPA KALI AKU DUK GELEDAH.... SAMPAI LUNYAI JADINYA...TAPI TAK JUMPA-JUMPA... {ini ayat penting..sila igat!} 
sedangkan secara logik akal... purse itulah habitat bagi IC aku... aku xsimpan kat tempat lain...
cuma last kenangan aku bersama-sama dengan I/C itu ialah msa aku pergi klinik sebab sakit kepala..
itulah kali terakhir aku menggunakan beliau....
 cuma dalam ingatanku yang samar2... aku xmasukkan dia dalam partitionnya .. aku hanya masukkan jek dalam handbag...
oleh disebabkan itu...
maka pelbagai kemungkinan boleh terjadi..
adakah terjatuh masa aku pegi Mines... 
adakah terjatuh msa aku pergi jalan2 kat mana2...
sebab teori yang aku boleh cipta..
I/C itu ada dalam handbag..dan terkelar semasa aku mengeluarkan barang2 dari handbag...
almaklumla..handbag aku dah sama taraf dgn poket Doreamon dah...


maka.. hati bersedih duka.. bermuram durja...
terbayang-bayang kenangan bersama I/C itu...
dan tiba2 telintas satu memori...

:: pada suatu malam..aku dan suami menonton Buletin Utama dan ada berita yang memberitahu bahawa warga Malaysia perlu bertukar kepada Mycard baru menjelang 2012 dan dikenakan bayaran RM10 ::

aku : yeay!!! baguslah!! I/C dah buruk... gambar pun huduh dalam I/C ni...

dan...tidak lama selepas itu ..

I/C ku hilang....
beliau melarikan diri membawa hatinya yang luka meninggalkanku.. ~~

T___________T

pergi balai buat report... sebab kot2 nnt minah indon ke yang jupe I/C aku pastu ttinggal I/C aku tu kat rumah urut ke..kelab malam ke..xke naya bila Polis mai cari aku kat rumah.. xke jatuh reputasi aku.... 

time jaga SPM xpayah cakap r..
lagi tension....
dah tugas kena check IC calon2 SPM..
tiap kali tgk I/C..tiap kali tu la hati berduka lara.... 

T______________________T

dan bertambah haru hati ini...bilaaaaaaa....
pegi buat I/C baru.. kena bayar RM110.00.....
RM10 = cost untuk buat I/C baru..
RM100 = denda sebab hilangkan I/C

T__________________________________________T

dan hari-hari berlalu seperti biasa....
sehinggalah semalam........

sedang bersiap2 untuk ke sekolah sebab perlu tandantangan persetujuan SBPA...
PURSE saya sedikit merengkok..
dan saya nampak sesuatu....


(ini gambar lakonan semula)

kali bukan hati rawan dah...
tapi dah jadi hati SAWAN....
hohohoho.... mcm mna msa aku belek2 tu aku xnampak dia terselit di sudut itu??!!!

tapi benda dah lepas usah dikenang.... 
ada hikmah di setiap kejadian.... {actually..banyak hikmah di sebalik hilang IC ni.... =) }

pasni xmo dah kutuk IC aku..either I/C lama or I/C baru.....xkira r gambar dia huduh ke.....aku xnak kutuk dah..
nak puji2 jek.. kan nnt takut dia kecik ati pastu main nyorok2 lagi.. xpasal kne wat I/C baru lagi... melayang  $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ huhuhuhu~~

untuk membodek hati yang sedih memikirkan RM100 tu dah boleh berbatang2 pen dah untuk persediaan kembali bekerjaya nnt...
maka meniupkan kata-kata ini ke dalam hati..

"Aku kaya... susah nak jumpa orang lain yang ada I/C harga RM100.... Datin Seri Rosmah pun xmungkin ada I/C harga RM100...." hahahahahahaha.....






p/s : sayangi I/C anda ketat2!!! barulah I/C anda pun menyayangi anda... mmuah mmuah =)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...