header flash

Sunday, February 26, 2012

:: REDHA & IKHLAS ::

tak berapa lama lagi...
umur saya akan meningkat menjadi lebih matang..
dan jika dipanjangkan umur, beberapa hari lagi saya akan menjadi lebih tua....

well..ada apa dgn umur...
"if u are not growing, u are dead" - Hasniza Ibrahim.

kekadang aku musykil dgn manusia ini...
takut sgt bila bertambah usia...
kenapa? takut tua? sebab bila tua akan mati?
erk... xbelajar agama ke msa sekolah dulu..
mati itu kan pasti.. tua ke, muda ke.. klu sudah ajal pasti akan dijemput juga mengadap-Nya..

[sama seperti yang berlaku semalam..satu perkhabaran yang mengejutkan..semoga para pembaca entry ini menyedekahkan al-fatihah kepada bekas pelajar saya, Mohd Zulfahmi b. Chakri yang telah dipangil bertemu dgn Maha Pencipta semalam, Sabtu, 25 Februari 2011 di usia 19 tahun pada hari ini, 26 Februari 2012... semoga damaimu di sana.. amin...

agak terkejut pada pagi itu apabila terjaga dari tidur dan mendapat 10 sms dari students & rakan sekerja yang memaklumkan kejadian tersebut.. saya mengenali arwah tapi tidak terlampau rapat kerana arwah hanya berada di kelas saya, 4T 2009 selama 2 minggu sebelum masuk ke kelas 4 Sains.. tetapi arwah merupaka ketua tingkatan kelas 4T maka ada lah komunikasi di antara kami pada masa itu.. apabila arwah masuk ke kelas 4 Sains, hubungan kami agak jauh kerana saya tidak mengajar arwah..tetapi setiap kali berjumpa arwah akan tetap tersenyum manis kepada saya... dan ketika sekolah saya itu dilanda musibah histeria yang teruk.. arwah adalah antara beberapa pelajar yang ditugaskan untuk mengetuai bacaan al-quran setiap pagi.. arwah seorang pelajar yang sgt baik,sopan dan berkarisma..arwah juga seorang atlet yang cemerlang... sekali lagi..semoga damaimu di sana... amin.. ]


perit untuk menerima, tetapi itulah hakikat.... hidup mesti diteruskan.. ambil pedoman... yang ajal maut itu ditangan Allah..tidak kira tua atau muda...

jadi... saya turut berasa musykil kenapa orang sgt takut apabil pertambahan usia..sedangkan itu adalah hukum alam.. bagi saya peningkatan usia tidak menakutkan.. tetapi sedikit menyedihkan..

kenapa saya sedih...

sebab..semakin MENINGKAT usia kita, semakin sukar untuk mencari KETULUSAN... especially dalam persahabatan..

kerana di dalam dunia orang dewasa.. kurang ketulusan dan keikhlasan di dalam persahabatan.... yang banyak adalah kepura-puraan.... itulah hakikat... back stabbing, bermuka-muka & hipokrit adalah perkara normal..apatah lagi back talking.. tapi masih ada lagi stock yang boleh dijadikan sahabat dunia akhirat... dan saya bersyukur saya memiliknya beberapa orang.... =)

jadi mungkin sebab inilah orang dewasa semakin takut untuk menjadi dewasa...
sedangkan semasa di zaman kanak-kanak... kita begitu tidak sabar untuk menjadi dewasa..

sebab tu selalu kita lihat.. budak2 kecik..todlers especially.. sgt marah kalau kita duk ulang sebut yang bahawasanya mereka adalah budak kecik... mesti diorang akan marah dan terjerit2 cakap yang diorg dah besar.... betul x? tapi selaku orang yang sudah meniti usia dewasa.. aku akan tersenyum dan berbisisik dalam hati... alangkah indah andai kehidupan dewasa juga dikelilingi oleh ketulusan hati orang-orang sekeliling sepertimana di zaman kanak-kanak...


ok..dah panjang aku merepek..sebenanrya apa yang aku nak tulis ialah ini... sambil tengok TV tetiba sang suami bersuara

sang suami : isteri, suami ni xpandai la nak buat benda sweet-sweet.. tambah2 suami busy kerja..klu birthday masa weekend boleh la jugak...so jgn expect apa2 surprise tau untuk birthday isteri nanti...
sang isteri : erk... takpelah.. xkisah pun... pengakuan ni pun dah kira surprised la ni.. huhuhu~~
sang suami : kesian  la isteri... masa birthday suami isteri bersusah payah buat segala bagai..... (nada bersalah)

huhuhu~~ bunyi menyedihkan kan? tapi xpe..saya xsedih.. sewaktu saya terima dia sebagai suami..saya terima dia seadanya... kalau dia tak pandai nak buat surprised bagai.. xpelah... saya REDHA dan IKHLAS menerima, menyanyangi dan mencintaimu.. saya xrsa sedih pun..sebab saya buat benda2 surprised kat beliau sbb saya suka dan saya ikhlas xminta berbalas.. sbb saya tau... orang lelaki ni susah nak baut benda2 sweet mcm tu... padahal bukan susah mana pun..mungkin sbb tu saya dilahirkan sebagai perempuan..klu aku ni lelaki.. maunya 4 bini skrg pastu adala lagi spare...biasalah... pompuan mmg cair dgn lelaki2 sweet kan.. ka..? kan? btol x? ;p ok sambung kepada perkara tadi...iaitu saya selaku isteri..cukuplah bagi saya kalau cinta itu tidak beralih arah dan tidak perlu dibahagi2... {itulah perkara yang paling menakutkan  bagi wanita yang telah bersuami...sebab ada lagi 3 kuota...}  surprised yang mcm tu saya xmau ok!!



p/s : erk... mmg serius ke xde surprised? roti mcm ni pun xde ke? huhuhu~~

 erk... konon.. tadi kat atas kata ikhlas dan redha....cheit!! hahahahaha...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...