header flash

Friday, March 16, 2012

:: WANG HANTARAN ::

hehehe...
lepas aku post pasal  PETUA MENCARI CALON ISTERI....
ramai gak la kawan2 yang duk msg... sembang-sembang..kutuk-kutuk..gelak-gelak.. hahaha
tapi ada jugak yang kata petua tu macam mendiskriminasi antara orang kaya dgn orang miskin...
aku pun hairan pastu tanya la kenapa...
dia kata... "orang miskin..usahkan toilet nak cantik.. rumah pun nasib baik ada"
maka..aku pun jadi pelik..
adakah bila rumah buruk maka secara automatik dia akan menjadi kotor?
kita cuci sapu lap rumah buruk  tu, rumah itu tetap akan jadi kotor kah??
kalau kita dududk kondo... xpernah lap sapu semua.. kekal bersihkan rumah itu??
inilah mentaliti orang kita...
mengaitkan nilai kebersihan dengan taraf ekonomi...

hello.... kalau ko duk umah flat ke... setinggan ke... rumah kayu tiang seribu ke, kalau jaga elok2...cantik!! kemas..!! laman bersih, rumah bersih..toilet pun bersih....
let's say kita beli umah kondo ke, semi-D ke.. kalau xjaga.. berhabuk berdaki berkulat jugak...xcantik jugak..
ingat ada jin ke nak tolong kemas kalau kita xkemas sendiri??
jadi adakah masih nak cakap kebersihan itu satu diskriminasi taraf hidup??
mak cik aku kat kampung... kerja ladang kelapa sawit... rumah cantik amat!! bersih tahap dewa!!!
aku... kerja makan gaji....stil kekadang ada sawang yang terlepas dari pandangan mata... bahasa mudah.. rumah aku xkemas kalau nak bandingkan dengan rumah mak cik aku...
see... bukan taraf hidup ok..tapi kerajinan...
mak cik aku rajin..aku kurang rajin... {bukan pemalas ok... hahaha...}


bila sebut diskriminasi..
tadi menyembang panjang dengan kawan-kawan..
terkeluar la isu wang hantaran....
baru aku tau..
di sesetengah tempat...
ada macam table tau untuk nilai wang hantaran....

Lebih kurang macam ni la...

kalau lepas SPM, RM8,000.00
kalau lepas Diploma RM10,000.00
kalau ada Ijazah, RM12,000.00 {lebih kurang maam ni la... nilai bukan tepat..aku letak ikut ske hati aku jek}

ha!!! inilah baru diskriminasi....!!! ape.. kalau dia lepasan Ijazah konfem2 ke dia boleh jadi isteri yang lebih baik dari yang belajar sampai SPM jek? habis tu nape nak beza2 ada jadual tangga nilai lak..
aku ingat gaji aku jek ada tangga2 cenggini.. macam jual anak lak rasanya kalau betul ada pihak pengantin perempuan guan sistem tangga mask kahwin tu....


gaji aku yang mana?? mana boleh cakap... hakhakhak... xbanyak pun..tapi syukurlah.... =)

rupenya mas kahwin pun ada jugak tangga-tangga cenggini... what a nonsense!!!

kalau aku la yang lepas SPM tu... aku kisah ape... aku nak sama mcm org lain jugak.. muahahaha....
cuba imagine.. dalam satu family ada anak kembar..sorang ada degree...sorang ada SPM...
xke kecik ati dia bila mak dia sendiri yang tetapkan tangga wang hantaran ikut ranking cenggitu...
huhuhu~~

apa rasionalnya kalau taraf pendidikan tinggi....nilai hantaran pun tinggi??
sebab dia pandai? habis tu kalau yang masuk universiti pastu extend macam mana?? tolak RM1000 la sebab dia extend dia xpandai? xpun yang result bagus terus buat degree compare dengan yang wat diploma dulu pastu baru sambung degree.... mcm mna lak nak bezakan?? yang lepas SPM masuk matrik paastu masuk U macam mana lak nak compare dengan yang masuk lepas STPM? Aliran sains dengan aliran sastera nak beza macam mana pulak?? hahaha.. macam2 la manusia ni merekacipta benda yang ntah hape-hape..

atau sebab nak belajar sampai masuk universiti habis banyak belanja..so kira qadha balik? nape?? dapat duit hantaran tu untuk settlekan PTPTN ke?? kalau macam tu bagus jugak..tp yang aku tengok kelain jadinya... huhuhu~~

entahlah..sebut pasal wang hantaran ni... aku rasa xpayahla sampai tahap nak buat jadual bagai macam ni...
terserahlah pada si lelaki nak bawak berapa and pengantin perempuan setuju ke tak.. orang lain xpayah masuk campur...duit tu nanti kegunaan bersama.. tapi bila yang lelaki wat leceh... tu yang perempuan malas nak share tu... padan muke!!! hehehehehe.... wang hantaran xtinggi xsemetinya tak bahagia, wang hantaran tinggi tak semestinya bahagia... percaya pada benda tu cukup......

teringat aku cerita kawan aku cerita dulu...
ada la si lelaki ni nak kawen...
so belah pengantin perempuan pun letak la RM**,000.00..... {nilai semasa katanya}
maka kecohla belah lelaki ni... pengantin lelaki xkecoh..sanak saudara dia yang kecoh} semua duk bagi nasihat & tarbiyah si lelaki ni soh buat keras kepala mintak kurang  seribu dua dari pihak pengantin perempuan... macam-macamlah alasan dikeluarkan... "betul yakin boleh jadi isteri yang baik ke sampai nak letak tinggi sangat?"... "bagus sangat dah ke didikan untuk dunia akhirat?".... "sebaik-baik wanita adalah wanita yang tidak membebankan urusan perkahwinan??".... dah dengar macam-macam... maka pengantin perempuan pun insaf dan setujulah untuk pujuk family dia kurangkan nilai wang hantaran tu....

selang 2 tahun lepas tu kot... adik si lelaki ni pulak nak kahwin...ada orang masuk meminang... adik dia perempuan... dan-dan tu seluruh ahli keluarga bakal pengantin perempuan (family penganin lelaki tadi la) terus cakap... "bulan lepas kakak sepupu dia yang diploma baru kahwin.. diorang bawak la RM**,000.00 ... anak saya ni ada degree... harapnya tak kurang la dari RM**,000.00"... kalau nak tau... jumlah yang di mintak tu 2,3 ribu lagi tinggi dari nilai yang pengantin perempuan tu mintak hari tu....

KEJIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!!!!
SUNGGUH KEJI SIFAT SEBEGINI...!!!!
time nak bagi kat anak orang..macam-macam hadis keluar...
bila time orang nak bawak kat anak dia... THUUUU DHIA!!!!!
tak ingat dah time meludah ke langit  dulu.... tu yang tak berasa risau air ludah nak jatuh atas muka sendiri tu...
dah hilang la ayat "betul yakin boleh jadi isteri yang baik ke? " {hahaha..jangan spesies toilet berdaki berlumut sudah ;p }, "bagus sangat dah ke didikan untuk dunia dan akhirat?" {kata kawan aku..mengaji al-quran pun gagap adik si lelaki tu}.. "sebaik-baik wanita adalah wanita yang tidak membebankan bakal suaminya"... {xde la kaya mana laki tu.. sah2 agak terbeban jugak hahaha } ;p
memang keji la mereka-mereka yang mempunyai sifat sebegini....
huhuhuhu~~~~ .. harap terhindarlah aku dari bersifat sebegini nnt...


p/s: teringat cerita masa aku kcik-kecik dulu.. kisah sorang mak cik ni, kita namakan dia X, jenis yang xboleh "kalah" dengan orang....anak jiran dia kawen, orang bawak RM6,000.00.... banyak dah tu zaman dulu tu... almaklumlah zaman aku sekolah rendah...rata-rata RM4-5k jek hantarannya.. 2,3 bulan lepas tu.... orang mai meminang anak si X... terus dia letak RM7000.00 ...hahaha... up jugak RM1000...tp yang laki xmampu..dia letak RM6500....tu pun dah yang lelaki tak setuju... last-last setuju RM6100.00... hahahaha... mna boleh kalah dengan orang...sebab xmo kalah kat jiran merangkap sedara dia sendiri gak...... tp bila pikir alkisah manusia ni kan..macam-macam.. menakutkan lak jadiknya... dengki + hasad di mana-mana...





Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai Tuhanku, kiranya Engkau hendak 
memperlihatkan kepadaKu (azab) Yang dijanjikan kepada mereka (di dunia), "Maka 
Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan  daku tinggal Dalam kalangan kaum Yang 
zalim itu". (23:93-94)




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...