header flash

Friday, March 16, 2012

:: PETUA MEMILIH CALON ISTERI ::

Assalamualaikum....

dah bunyi mcm orang tua kan aku nih..
siap nak bagi petua bagai...
actually aku ni muda lagi..
petua ni yang arwah nenek aku cakap... {al-fatihah untuk arwah Hjh. Zainab binti Che Mat}

tapi of courselah kita perlu melihat kepada 5 panduan memilih calon isteri yang ditetapkan oleh Islam..
1) Pilihlah yang baik agamanya
2) Pilihlah dari keluarga yang baik-baik
3) Pilihlah dari rupa parasnya.. (beauty lies in the eye of beholder~~ )
4) Pilihlah yang pandai menjaga kehormatan
5) Pilihlah dari keluarga yang subur

Nak baca huraian lanjut bolehla ke SINI

(gambar isteri En. Google)

ok.. berbalik kepada petua arwah nenek aku...
actually ini bukan petua arwah nenek aku..
tapi katanya petua orang dulu-dulu..

menurut beliau..
orang dulu-dulu.. kalau nak memilih calon isteri...
ibu bapa akan tengok tandas & bilik air rumah perempuan itu..

ok!! jangan nak terus conclude syirik ke ilmu hitam ke ape..
sebab ini bukan..
tengok tandas adalah untuk melihat tahap kerajinan dan kebersihan calon isteri itu...
kalau tandasnya bersih dan teratur...
bolehla dikatakan bahawa keluarga perempuan itu jenis yang mementingkan kebersihan...
sebab of courselah kan.. kalau tandas pun bersih.... inshaAllah tempat-tempat lain pun bersih...
walaupun kemungkinan besar bukan si gadis itu yang membersihkan tandas itu...
sebab mungin ibu bapanya yang tukang duk cuci gosok tandas dan bilik air itu.. {eh!! sama macam aku lah!!! hahahaha }
tapi... didikan ibubapa tu mungkin sedikit sebanyak akan terserap dalam hati si calon itu..
maka bila dah kawen... dia pun dah terbiasa kan dgn situasi yang suci murni itu.... maka bila jadi isteri orang nanti.. xdelah rumah tu hias cantik berkemas macam dalam majalah Impiana kan...tp sekurang-kurangnya xdelah rumah macam tongkang pecah sangat....
itulah sebab dan alasan orang dulu-dulu amalkan petua ini...
cuba imagine kalau ko masuk bilik air tu yang berdaki..berlumut.. bersepah-sepah..disulami dengan harum "semerbak" bau kain yang terendam entah berapa kurun....
apa yang korang fikir???

lagi satu petua orang dulu-dulu...
kalau ke dapur...
tengok... hulu pisau tu berdaki ke tak...??
sebab ramai orang yang amalkan konsep bila basuh pape... tak kira la pisau ke, senduk ke, sudip ke...
diorang main ngelat... basuh yang bahagian besi tu jek... hulu yang kayu or plastik tu tak basuh...
itu yang berdaki berlumut berlendir tu...
kalau pegang tu.... cuci tangan dua kali dengan Sunlight pun xtentu lagi hilang kesan "lemak berlendir" yang lekat kat tangan tu...

ok.. bunyi macam cerewet kan..
tapi bila difikir logik...
ini adalah tentang konsep mengamalkan kebersihan dalam kehidupan seharian...
dan KEBERSIHAN ITU SEPARUH DARIPADA KEIMANAN....
maka teori ni boleh dirujuk sebagai kriteria di atas yang nombor 1 & 2... baik agamanya dan baik didikan keluarganya....

habis tu kalau yang jenis maid jek buat semua mcm mna?? CISSS!!! tu pun mau tanya ke.. ada akai pakai la..fikirla sendirik... huhuhu~~

jadi kepada lelaki di luar sana.. aku rsa ada jugak kebenaran dari petua orang purbakala dulu-kala ni..
 kalau korang pilih calon isteri dengan syarat nak yang pandai masak...
 THAT'S SOOOOOOO LAMEEEEEEEEEEEEEEE HOKKEIY!!!!
masak ni bukan atas pandai..tapi atas rajin...
aku mmg pantang kalau orang yang cari calon isteri nak yang pandai masak.... damn!!! sebab aku tak pandai masak... ;p {dulu la.. basic zero.. masak nasi pun kekadang keras keras kekadang lembik.. padahal guna periuk letrik... hahaha..tapi skrg ni..alhamdulillah..klu takat nak jamu 20 orang makan...aku rsa no hal lah... cuma perlu calling2 mak aku dapatkan nasihat pakar ttg tips dan petua hahahaha }

dan kepada gadis-gadis... apakata cuba praktikkan tentang kebersihan tu... I'allah,,, tempat2 lain pun korang akan pastikan dia jadi bersih...sebab hanya orang kurang waras or ada ilmu hitam jek yang akan cuci   toilet bersih sebersihnya tapi bahagian rumah lain berkulat bersawang... hehehhehe.. kebersihan satu gaya hidup sihat....



p/s: tapi kan....aku rasa petua ni bukan hanya boleh diamalkan untuk cari calon isteri... nak cari calon suami pun sesuai gak... sbb dah kahwin.. mesti kita nak cari suami yang boleh tolong kita kemas-kemas rumah ni kan... betul x?? hehehehe....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...