header flash

Monday, May 7, 2012

:: RESIPI APAM POLKA DOT a.k.a APAM COMEL ::

Hai hai hai...!!!!
kita bersua lagi dari dapur masakan saya....
hehehehe..

comel tak apam ni?
berkenan tak? hahahaha....

ok..meh saya kongsikan resipinya...
*(saya langkau resipi-resipi yang lain yang tersimpan kemas dalam draft semata2 ramai kawan2 beriya2 nak wat apam comel ni hehehehe... balasannya... sila pos utk saya bila dah buat tu ahahahaha) ;p


Bahan-bahan
  • 3 biji telur Gred A (dari peti sejuk)
  • 3/4 cawan susu cair
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 2 1/4 cawan self-raising flour 
  • 1 sudu kecil essence vanilla 
  • 1 sudu kecil ovalette 
  • filling coklat (ikut suka la nak guna filling apa.. ikut citarasa sendiri)
  • pewarna 
  • paper cup kecil ( 50-80)
  • loyang yang ada lubang-lubang tu

Cara-cara membuatnya 


  1. Masukkan telur, gula, ovalette dan essence vanilla dalam mangkuk mixer dan ptar pada kelajuan maximum sampailah dia kembang... 
  2. Masukkan susu cair dan tepung. Putar dengan kelajuan maximum. Putar sampai korang rasa puas ati dengan kelicinan adunan tu. 
  3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut berapa jenis warna yang korang nak guna     ( saya suggest kaler MERAH, HIJAU,KUNING,HITAM ,BIRU & yang xcampur dengan warna...)
  4. Masukkan adunan yang dah berkaler2 tu dalam piping bag. Filling pun masukkan dalam piping bag jugak...
  5. Susun paper cup dalam loyang yang ada lubang2 barulah apam kembang jado bentuk bulat2.. xde jadi bersegi2 .. Tapi aku suggestkan korang beli paper cup yang jenis keras tu, bukan yang lembik macam sarung almond london tu tapi ada sejenis lagi, dia keras. kalau yang tu xpayah letak dalam loyang lubang2 pun xpe.. bentuk dia akan tetap...
  6. picitkan adunan ke dalam paper cup sampai separuh. Lepas tu masukkan filling kat tengah-tengah.
  7. Then isikan lagi adunan sampai 3/4dengan warna yang berbeza.
  8. Sekarang bolehla menconteng apam anda  mengikut bakat seni anda yang terpendam.. (tips aku cerita kat bawah)
  9. kukus. 5- 7 minit... siap... !!!! (pengukus tu panaskan la dulu sekurang2nya 15 minit )

Tips-tips menconteng!!! 
ada macam-macam corak korang boleh lukis... tapi yang senang ialah Strawberry, Angry Bird & Ladybird.

# STRAWBERRY
  • paling sesuai kaler merah yang cover filling tu sampai penuh. 
  • then ambik warna hijau lukis macam tangkai dia kat hujung
  • pastu dot dot dot kan dengan warna hitam sikit2 kat bahagian yang kaler merah tu
# ANGRY BIRD MERAH
  • sma jugak macam strawberry, kaler merah yang cover smpai penuh.
  • ambik adunan yang xde kaler tu buat dot utk mata and bawah. 
  • guna adunan kuning utk lukis paruh bentuk segitiga
  • ambik adunan hitam titik kat mata utk jadi anak mata and wat kening dia.
# LADY BIRD
  • yang ni kaler utk cover bebas.. sesuai untuk semua jenis kaler kecuali hitam...
  • then ambik adunan hitam lukis hitam untuk kepala. dah siap, buat pulak satu line sampai ke bawah (utk lady bird tompok2).. then dot2 kan warna hitam tu kat ruang2 yang kosong... kalau nak buat lady bird belang2, lepad lukis kepala, wat je la line belang2... hehehehe...
  • amik adunan tanpa kaler tu, lukis mata kat kepala.
  • dot kat mata tu dengan adunan hitam utk lukis anak mata.

jangan terpsycho... bila baca macam leceh..tapi bila buat senang jek... aku yang tak pandai melukis pun boleh hasilkan lukisan taraf Leonardo Da Vinci ahakz ;p

akhir kata... selamat mencuba,... mmuah mmuah!!! =)




p/s: seronok saya & Mr AF melukis2 hehehe.... dia siap cakap... soksok boleh dijadikan aktiviti seni bersama anak2.... hahahahaha....

2 comments:

Dnur Collection said...

ovalette tu ape beb ???
~ilai~

HASNIZA IBRAHIM said...

ovalette tu penstabil.... ko mintak jek dgn tuan kedai... dia bagi la... aku pun mintak dgn dia.. klu x aku pun xknal..dia kaler kuning..sejenis koloid mcm vaseline... hehehe..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...