header flash

Wednesday, August 1, 2012

:: SETENGAH TAHUN PERTAMA ::

Assalamualaikum....
{uhuk uhuk... kong!! kong!!} ---> batuk... banyak sangat habuk kat blog aku nih...
berabad x upadate la katakan... hehhehe...

boleh dianggap setengah tahun la jugak aku xupdate blog ni..
so kali ni aku nak upadate scara pukal..
summarize apa yang terjadi dalam hidup aku untuk setengah tahun yang pertama ni...

{hoi!!! cikgu mna ajar 1 Ogos ni dikira setengah tahun??!!! }
erkk... halal bihalal la telajak sebulan dua tu... hehehe... ;p
jadi bila diupadate secara pukal..maka sah2 la panjang.. jadi baca atas risiko sendiri.. aku xakan betanggungjawab ok? deal?? kalau setuju boleh proceed.. klu xsetuju..sila pi ngendap blog org lain.. aku no hal punya... xkecik ati pun... ;p


ini gambar xde kaitan dengan ini entry...ini digoogle untuk hiasan semata-mata..


ehem..sebagai pembuka entry...
aku dahulukan dengan ucapan
ALHAMDULILLAH...!!! ALHAMDULILLAH!!! ALHAMDULILLAH!!!
diatas segala nikmat dan rezeki yang Allah telah kurniakan kepada aku...
dan juga kerana masih dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini {masih belum terlambat kot kalau aku nak ucap Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada korang semua}...




banyak perkara suka dan duka dalam hidup aku...
tambah2 diawal tahun dikejutkan dengan pemergian ibu saudara aku ke rahmatullah disebabkan kanser ovari... {ramai yang mempersoalkan nape aku xtulis entry... tp seriously aku xboleh.. aku dah try cuba tulis.. 3 kali draft.. tp semua jadi separuh jalan sebab aku xleh nak sambung tulis..air mata meleleh2.. otak gagal menyusun kata2 untuk menggambarkan kesedihan yang sebenar... dan aku mula sedar.. perkara yang paling menggembirakan dan paling menyedihakana tidak dapat digambarkan dengan kata-kata... tersemat di hati sebagai suatu memori ..  bila mana memori itu muncul diingatan.. kukirimkan doa dan alfatihah semoga belia damai di sana T___T.. harap korang pun sama... }

selepas cerita duka pemergian arwah ibu saudara.. kami sekeleuarga dikejutkan dengan khabar yang sangat tidak terduga... anak bongsu arwah telah muncul sebagai best students STPM Kelantan and top 5 Malaysia... ini sangat mengujakan... telah menukar awan mendung menjadi pelangi ceria... tapi dalam hati sebak Allah je yang tahu....

kemudian pengumuman result SPM membuatkan jantung aku xtentu arah... tahun lepas kan aku ajar Bio SPM... rekod 10 tahun 100% lulus betul2 mencuakkan darah muda aku.. {cececeh.... muda itu satu penekanan ok!! hahahaha} ... dah alhamdulillah.... rekod itu masih berjaya aku kekalkan!!! sungguh aku syukur dan lega dan gembira.. dan yang lebih menggembirakan..result agak bagus dengan 2 orang mendapat A dan paling rendah C... means D & E xde... dan ini seterusnya meletakkan result Bio sekolah aku di ranking no 4 daerah... wuhhhhuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!! aku happy sangat9999 !!! xputus2 aku ucap tenkiu kat students aku sbb study dgn bersungguh2!!!

tahun ini jugak... aku berubah angin dengan mengajar sesi petang... a whole new experience... yup!! bila orang tanya... aku dengan jujur cakap.. aku sangat suka duk petang... xrsa stress.... xrsa stress adalah sebab 1) aku tak perlu rushing dipagi hari..
2) bila petang, probability bertemu pentadbir adalah agak rendah... maka itu adalah sangat membuatkan diri anda sgt bahagia hahahahaha...
 tapi bila aku cakap aku xstress jangan cakap aku xde kerja... kerja aku still macam dulu.. banyak..bertimbun xsiap pun ada banyak lagi wahahaha... and !! jangan sesuka hati nak menuduh aku duk petang kerja goyang kaki makan gaji buta ok!! sebab aku rsa... bila aku pi petang ni.. lagi banyak aku kne terlibat dengan aktivit luar berbanding masa aku pagi.. aku jadi arbiter chess.. jadi pengurus team olahraga.. jadi cikgu choral speaking {yang ni paling memenatkan and modal besaq huhuhu~~} .. so bila aku pikir balik..aku rsa aku xdela goyang kaki sangat.. agak busy jugak klu nak compare dgn yang lain... mungkin lebih busy compare dgn yang cakap aku goyang kaki tu... tapi biaq pi lah.. yang penting aku wat keje aku cukup... yang lain urusan dia dgn Allah... =) tapi bila turun petang ni.. stress free life aku xkekal lama.. mmg aku xstress disebabkan dua benda tu tadi.. tapi aku stress berdouble dari dulu bila bab "menghadapai students".. ya Allah!! pemalas,nakal and degil and biadap xhengat dunia sesetengah budak ni... mmg tekanan mental emosi darah tinggi semua ada bila aku masuk kelas.... huhuhu~~ imej cikgu baik and cikgu mesra suatu ketika dulu lenyap!!! yang ada imej cikgu suka tenking, jerkah and marah and membebel... wuhuhuhuhuhu~~~ T___T dan sejujurnya..tahun ni aku pun xberapa suka diri aku sebab banyak mc... tapi dah sakit nak wat mcm mna?? xtau la.. immune tipis kot ...berkadar terus dengan kesabaran bila berhadapan dengan kacang2 hntu tu.... awal2 tahaun biasalah... "sakit bulanan" sah2 aku mc.... and bila dah xde sakit bulanan.. dia mai lak sakit kepala pening pusing... orang kata hormon... aku pun xtau.. yang aku tau mmg aku tsadai tidur jek kat umah bila dilanda sakit kepala tu.. yang kata aku ngada2, manja, tipu mc, sila la cari aku kat padang mahsyar nnt ok... aku malas nak cakap banyak kat atas muka bumi ni.. =)

dan pada btol2 setengah tahun iaitu pada 12062012... iaitu ulangtahun kedua bertunang {cheisss!! so gedikz kan..segala benda nak anniv hahahaha}.. aku dengan hati yang berdegup kencang dan bergetaran seperti genderang mau pecah.... telah membuat pregnancy test... dan alhamdulillah... POSITIF!!! dan macam aku cakap awal2 tadi..perkara yang paling menggembirakan tidak dapat diluahkan dengan kata2.. maka xde entry khusus hehehe... trima kasih yang mendoakan..dan diharapkan agar terus berdoa agar semuanya selamat...dari awal hingga akhir... thanks kawan2!! love you mmuah mmuah!!!

dan 2 minggu sebelum mendapat kahabr gembira pregnancy test tu... alhamdulillah... encik suami a.k.a Mr AF telah mendapat kerja baru... mungkin dinamakan rezeki untuk anak.... {Allah adalah sebaik-baik perancang... Alhamdulillah }

ok... tetiba aku baru sedar.. kadang2 cerita2 gembira aku tidak menggembirakan hati sesetengah pihak... jadi kepada mereka yang akan mengalami tekanan mental fizikal dan emosi bila dengar orang lain bergembira... aku dah sediakan cerita khas untuk hangpa.. semoga hangpa bergembira dengan berita sedih aku untuk kebahagiaan hati korang.. bergimbaralah dengan cerita-cerita ini... aku relakan korang tersenyum diatas kelukaan jiwaku...

1) mak cik aku meninggal tadi kan...sangat menyedihkan dan mempilukan hati ini... T___T

2) gara-gara duk risau akan mengundi... habis tergendala plan nak bercuti ke Krabi... T___T

3) gara-gara suami bertukar kerja... cuti beliau telah burn..maka terburn segala agenda dan episod booking membooking percutian ke Pulau Redang... tsk tsk tsk... T___T

4) gara-gara suami bertukar kerja jugak.. beliau telah didhantar training di Jepun dan akan menyusul ke USA lak pasni..meninggalkan daku yang berbadan dua ini keseorangan menumpang kasih ibu bapa... tsk..tsk... tsk... agenda nak pgi tengok Grand Prix pun terbatal dengan rasminya... dan kenduri abangnda aku nnt pun en suami xde... sob sob sob..... nak ngikut beliau ke luar negara jugak tp keadaan berbadan dua ni mcm xsesuai nak travel jauh2...  T___T

5) disebabkan aku telah berbadan dua.. segala perancangan enjoy duniawi terpaksa dikaji 2,3 ratus kali.. sebagai contoh..akhir tahun ni family belah abah aku akan bercuti di Singapore... aku xtau lagi boleh nak join ke x dengan perut memboyot... huhuhuhu~~ T___T

6) dan i save last for the best..... aku dengan tiba-tiba dilantik menjadi S/U PBS bagi form 1... sila tepuk tangak kuat2!!!! T____T


dengan ini... i rest my case... nak pegi menikmati moreh!!!! tapi sebelum itu..aku ada sedikit pesanan penaja bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini...

1) banyakkan beramal.. yang wajib itu pasti..yang sunat itu tingkatkan...
2) ambil peluang untuk baca al-quran... rebutlah segala offer pahala yang sangat berbaloi2 ini...
3) bersedekahlah.... jangan habiskan duit dengan sia2 tanpa bersedekah... xperlu bermewah2  untuk duniawi andai amalan untuk akirat masih papa kedana... ingatlah..hidup ini xperlu pujian manusia..yang penting keredhaan Illahi...  =)

dan saya ada request...

tolong doakan seorang sahabat saya yang agak kurang cemerlang kesihatannya... semoga rakan2 dapat mendoakan beliau kembali sihat dan dapat menjalani hidup ini seperti biasa... saya sangat menyanyangi sahabat saya ini... boleh dikategorikan sahabat sejati saya..sahabat untuk dunia dan akhirat... saya sangat sedih melihat keadaan beliau sekarang.. semoga semeuanya akan menjadi baik2 belaka... T____T

p/s; terima kasih semua kerana sentiasa bersama saya... =)

1 comments:

Rohaida said...

iNSYAAllah.....sesungguhnya 'sahabat'mu itu adalah sahabatku jua. Semoga dia tabah mengharungi segalanya.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...