header flash

Sunday, December 29, 2013

:: DORAEMON 100 SECRET GADGETS EXPO ::


Assalamualaikum.. bersua lagi dalam entry langkah bendul.... hahaha...
kenapa langkah bendul..?? sebab potong que entry yang duk dalam draft list hahaha....

ok... cerita laju2...

21 Desember hari tu... aku, suami & anak telah ke Pameran Doraemon di VIVA Home..Memula tu ingat macam bodoh2 jek...tapi bila masuk..eksaited la jugak... hahaha..rsa macam kita ni part of the Doraemon comic... alaaaa...sama macam naik Transformers Ride tu la... bila keluar rsa terharu sebab diselamatkan Bumblebee... ha!! itu cte Singapore... yang dah  almost 2 tahun terperam dalam draft.. ahakz...

Pameran Doraemon ini adalah bersempena menyambut lagi 100 tahun untuk masuk tahun Doraemon dicipta... xfaham? xpe... meh nak explain... sekarang tahun 2013 kan? Doraemon dicipta pada tahun 2113 klu mengikut komiknya... lagi 100 tahun dari sekarang... dah faham? bagus!! moh kita layankan gambar... hehehe...

Friday, December 20, 2013

:: GRAND LEXIS ::

Assalamualaikum. .. hai hai hai... kembali bersua dalam sambungan Bercuti di Melaka.. seperti yang aku cakap... lepas turun Menara Taming Sari... kami terus bertolak ke Port Dickson.. arah dan tujuan kami adalah untuk berkubang di Grand Lexis... the only Pool Villa kat Malaysia kot.. tu yang harga mahal tu.. wuwuwuwu...
Dari Melaka... pusing2 ke Teluk Kemang.. nak pi cari float untuk si kembar Erina & Erisya.. diorang duk nyanyi2 tepi telinga aku nak pelampung Disney Princess... nasib baik la Cik Sue hangpa ni baik... kuturutkan permintaan kalian.. hehehe...
On the way ke Teluk Kemang.. melintas lah kot depan Avillion & CORUS PD... maka aku lah pulak duk nyanyi2 kat Mr AF next time dtg nak duk kat 2 hotel ni pulak... Mr AF wat bodo jek... ye la.. yang Grand Lexis ni pun xcheck in lagi dah nyanyi2 untuk next visit... over sangat kan bini dia... hahaha...
*skrg gelak la...tp once aku dah simpan cita2 tu.. mmg kne dtgla jugak nnt... ngeh ngeh ngeh..
Lepas shopping pelampung... ha.. kellas ko.. shopping gittuew. .. haahaha.. kami oun mengisi perut... sebab dia kata check in pkul 3.. maka pkul 3 lebih sikit kami sampai kat kaunter... tu diaaaa!!!! Bapak panjang beratur.. ingatkan dengan harga mahal xde orang.. skali penuh.. amekkaw... ;p tunggu punya tunggu... dkt2 pkul 4 jgak la baru dpt kunci... pastu dia cakap.. esok boleh check-out pkul 1... cover balik sejam mnunggu hehehe... so ptutla lambat.. cycle kan.. smua check out lambat.. room cleaning pun lambat la..so yg nak check-in pun tertunda la.. hehehehe... ;p
Dapat kunci.. ayulah kita naik buggy... hantar smpai depan pintu bilik... 
So laynakan je la ek gambar2nya.. hehehe...
Aku ambik Executive Pool Villa...
buggy service
executive pool villa (2 king size bed ) RM780/night... paling murah aku dpt sbb guna gov rate.... klu x dkt2 RM900.00 .. so better guna gov rate... kalau keje gomen la... xpun pinjam je la sape2 punya nama... hahaha...nak pinjam nama aku pun boleh... upahnya aku nak jugak satu bilik semalam at least...wakakaka... otak bisnes di situ ahakz ;p
can u spot the Giffy..?? hehehe
the pool

Friday, December 13, 2013

:: TRICK ART MUSEUM I-CITY ::

Semalam... xtau nak buat ape.. ajak pak cik yang datang dari Kelantan pi i-City... i-City cantik pi malam la kan...tapi since hari ni pak cik aku nak travel pi Negeri Sembilan lak..so mlm kena rest la kan... so kita terjah i-City disian hari... dan destinasi yang dipilih... Trick Art Museum...

Trick Art Museum ni dah dibuka sejak 2012... tapi aku ni pun baru 1st time nak masuk hahaha... actually tempat ni sangat sesuai untuk posing gila-gila sebab bila dalam gambar hasilnya magnificient... speaking London gittuew...  hahaha...
Sophea lead the way
sape la pi pancut air kat Ezry tu...

Thursday, December 12, 2013

:: 10 TIPS MENDIDIK ANAK ::

#Assalamualaikum. .. beberapa hari ni... ramai org shared di facebook satu entry tentang tips untuk didik anak oleh blog saatakukaupilih.blogspot.com

#Aku baca...

#Aku rasa bagus...

#Jadi aku copy paste di sini... aku pilih yang aku rsa penting je la kan....

Sebenarnya kan,
Beberapa bulan sebelum Haikal genap 2 tahun hari tu, kitorang ada jumpa Child Psychiatrist.
Nama dia Dr. Sherine. Kalau kat Penang ni, Dr. Sherine ni memang well-known la. Korang boleh jumpa dia kat Hospital Gleneagles, Penang.
Kepada yang tak tahu, Child Psychiatrist ni ialah pakar brain development dan behavior kanak-kanak. Macam kalau dia tengok perangai sekian-sekian, dia dah boleh tahu apa masalah budak tu.
Gitu.

Yang aku nak share kat sini ialah..
masa kitorang jumpa Dr. Sherine tu ada banyak sangat input yang berguna dia bagi.

Terutama anak-anak yang umur  0-3 years old.
Seriously berguna like hell.
In fact aku dah praktikkan beberapa tips yang doktor tu bagi.
Dan Alhamdulillah memang berkesan. =)

Ok aku buat dalam point form la eh.
Senang korang nak hadam.

1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin.

Kalau boleh biar dia sentuh guna tangan dan kaki. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.
Aku nak explain lebih-lebih pon, aku bukan doktor. T_T
So mohon akur je lah dengan fakta yang diberikan ini.

#errr....stakat ni aku xexposedkan lagi sophea pada pasir dan rumput.. jom...lepas ni aku bawak Sophea pi pantai... itu small matter je tu...cumaa....  hurmm.. kat Malaysia ni kat mna ada taman yang rumputnya sesuai untuk golek2 ek???

2. Don't expose to too much things in a box.

"Things in a box" tu macam, tivi, ipad, tablet, phone, games etc.

Aku ada mintak komen Dr. Sherine tentang gadget-gadget ni.
Sebab aku pon selalu je tengok Boboiboy dengan Haikal kat ipad. Hehehehe.
So ini jawapan Dr.Sherine,

"Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tivi, phone). But make sure not more than 10 minutes at a time."

"Never leave the child and ipad alone. Watch with him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching."

"It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him and interact with him while watching."

Ini bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tivi, phone, games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, menurut Dr Sherine:

Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja.
Tiada pergerakan "rolling" oleh mata.
So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation.
So lama-lama pandangan anak tu tak luas.
So brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif.
So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. How?
Bawak keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes.
Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers.
Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah.
Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu.
Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas.
Pastu flash huruf B kat bawah pulak.
Pastu flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan.
Dan sebagainya.
Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement.
So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu,
saraf mata dirangsang dengan baik.
So brain development pon berlaku dengan baik.

Aku rasa cukup mudah penjelasan yang Dr. Sherine bagi tu.
Terutama untuk orang vangang macam aku ni nak faham.
Maafkan saya, saya bukan Doktor. Dulu SPM Biologi B3 je. T_T

# Yang ni mmg aku dan Mr AF ambil berat... prinsip kami.. "NO GADGET" for Sophea... tapi mcm susah nak dpt org2 sekeliling... kadang mcm niat kami ni dipersendakan.. "eleh..tgk la lama mna btahan xmo bagi sophea gadget", "kena bagi...nnt anak kita ketinggalan ICT"... "kena bagi nnt bila dia tgk org lain main...dia mengalami konflik jiwa dalaman" and mcm2 lagilah.. tapi xpelah klu nnt anak aku nampak mcm sakai, xup-to-date sbb xde pegang tab bila pi umah orang.. asalkan perangainya xsakai bila bab2 bergaul sesama manusia... asalkan xde problem bab2 psikomotor...lagipun aku tgk.. ramai budak2 yang rosak sbb didedahkan dgn gadget... anak xreti mintak pun dia belikan... xmo anak nampak xup-to-date katanya... nak soh nampak macam org kaya sebab boleh beli tab kat anak2 sorg satu...pahtu bila masuk skolah anak xmo blajar sbb reti nak main games jek.. barulah ko nak hantuk2 kepala kat dinding... time tu.. mnyesal pun dah kurang kegunaannya.. klu xpercaya... sila search keburukan gadget untuk kanak2... mmg banyak researh articles...  maaf ... aku emo... bahasaku kasar...

3) Stimulate their imitation skills.

Imitation skills ni ialah kebolehan mengikut atau meniru apa saje perkara yang dilihat disekeliling. Contoh kalau anak nampak kita clap hands, dia pon ikut clap hands. Camtu.
Dr. Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak sekarang.
Lack of imitation skills.
So vocab kurang, otak lambat pick-up, etc.
Because language and speech is also an imitation skill,
attitude pon imitation skill,
cara berfikir pon imitation skill,
dan semua-semua tu pon related to brain development.

So parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam ni:
Say a word, dan suruh anak ulang.
Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru.
Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru.
Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut.
Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi.
Dance mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat.
Buat satu pergerakan macam merangkak, lompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama.

Oh lagi satu, Dr. Sherine cakap, pergerakan merangkak ialah sangat-sangat bagus.
Sebab dia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki.
Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).

#yang ni memang aku selalu buat dengan Sophea... and sekarang pun dia dalam fasa merangkak... seronok main rimau2 dgn sophea hehehe..

4) Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc.

Concept toys tu macam, ABC 123 blocks, Lego, animals (yang realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks, etc.
Sebab benda-benda ni boleh tambahkan vocab anak.
Plus boleh belajar sambil bermain.
Dr. Sherine kata, avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik.
Macam barbie doll, superheroes dalam tivi, monsters, etc.
Sebab masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia.
Takut dia terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak.
Macam tak elok sangat la kan.

#Err... aku pun bkn jenis nak beli mainan berkotak2 kat Sophea. .. Barbie2 xde ok sayang... kita main yang biasa2 jek.. tapi Sofia the first rsanya macam ada... sebab mak dia yang mabuk hahaha...

5) Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence.

Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak,
better cakap,
"Elephant!"
bukan
"That is elephant!"
atau
"Wow u see that big elephant?"

Camtu.

Unless kalau anak dah hafal animals tu semua, so boleh ajar sentence dengan adjective pulak.
Contoh,
"Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly. Yellow bird."
Avoid guna perkataan "The This That And With etc".
Direct je cakap "Big tiger. Beautiful bird."
Camtu.
Ajar word by word.
Nak ajar budak bercakap kena slowly dan repetitively.

Bila nak bagi arahan pun sama.
Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence.
Contoh,

"Eat."
bukan
"Come and eat."
atau
"U must eat."

"Sit."
bukan
"Come and sit beside Mama"
atau,
"Sit and keep quiet."

Lama-lama budak tu akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc.
Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence.

#ok..yang ni aku silap...sbb aku selalu ajar Sophea full sentence... harapnya masih belum tlambat nak betulkan.. huhuhu.. T___T

6) Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss.

Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers.
Contoh budak yang selalu sakit.
Banyak kali jumpa doctor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat etc.
So bila jumpa strangers mana-mana pon, dia expect orang tu akan buat pape kat dia.
So macam fobia camtu la kan.

Untuk overcome benda ni, Dr. Sherine tu suggest,
bila jumpa je sesiapa yang anak tu takut,
Suruh orang tu high five dengan anak kita tu.
Biasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti diorang nak pelok cium salam anak kita kan?
So kalau anak yang jenis takut strangers ni, jangan bagi orang salam pelok terus,
suruh high-5 dulu.
Kalau orang tanya kenapa, jawab ikut style nigga. Yaw yaw yaw. ;D

Menurut Dr. Sherine, high-5 is very powerful.
Dia boleh ubah mentaliti anak within seconds.
Bila kita high-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat,
dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya.
So lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu.
Gitu.

#nak hi-5 boleh... salam cium tangan pun bokeh... tengok komuniti kita berada hahahaha....

7) Bila anak buat salah. Explain instead of marah.

Macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah.
Hoih mahu kau tak hangin kan??
So Dr. Sherine tu kata, instead of marah-marah membebel tak tentu pasal,
better explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah.

Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan sesaje nak cari pasal dengan kita.
Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak,
make sure mata kita dengan dia satu level.
Melutut depan anak.
Jangan cakap atau marah sambil berdiri,
anak jadi bertambah takut.
Nanti dia tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan.

Kalau anak kau baring, kau pon kena baring.
Punya gigih nak mata satu level tadi kan.

#yang ni mmg aku xhadapi lagi sebab Sophea pun kecik je lagi... nnt dah besar mmg kne amalkan..sbb aku ni tempered wuhuhuhuhu...

8) Overly-attached to one person is not a good sign.

Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat.
So itu petanda tak bagus.
Something wrong with his self-esteem.
So kena biasakan dia rapat dengan semua orang.
Especially family members.

#haish.. yg ni susah gak.. kekadang she's okay... sometimes xok... ikut mood dia huhuhu~~...

9) Bila bermain, follow his interest.
Kalau anak nak main ball, jangan tetiba korang nak ajak dia main basikal.
Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball.
Gitu.
Ikut kehendak anak pada ketika itu.
Sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara.
Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan.
Haruslah dimarahin dong.

#I'allah yang ni boleh diamalkan...cuma.. teori smua org kata boleh...tp nak implement tu susah.. kekangan MASA.... betol x? Jadi dr skrg aku kne set dalam fikiran... utamakan masa untuk anak dan keluarga...

10) Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak.

Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita,
kalau anak diam je sebab tak tahu nak camane,
jangan biarkan soalan tu tak berjawab.
Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak.

Contoh macam kalau kita tanya,
"Kenapa Haikal menangis?"

Tapi Haikal diam je,
mungkin sebab tak tahu nak jawab macam mana.
So kita bagi la beberapa pilihan jawapan, macam

"Haikal jatuh?"
"Haikal sakit perut?"
"Haikal nak ikut papa pergi kerja?"
"Haikal bosan?"

Itu contoh.
Even if dia respon dengan sekadar angguk je pon dah memadai.
At least soalan dah terjawab.
Dan lama-lama kang dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan di masa akan datang.

Ok tu je 10 tips yang dapat dikongsi.
Lagi sekali, tips-tips ni ialah dari Dr. Sherine, Child Psychaitrist dari Hospital Gleneagles.
Bukan keluar dari mulut aku ye.Bukan aku reka ke apa.
Cuma aku tulis ni ikut bahasa aku la kan. Supaya korang pon senang nak faham.

Niat aku satu je.
Nak share supaya korang pon sama-sama dapat manfaat.
Sebab seriously semua tips ni aku dah try dan setakat ni Alhamdulillah,
aku nampak kesan positif pada Haikal.
Kesan dia sangat drastik ok.
Sebab budak 0-3 y.o. ni development diorang memang lajuuuuuu.
So korang kena cepat praktikkan tips-tips di atas. =)

Tapi of course semuanya berlaku dengan izin Allah.
Tapi tak salah kita ikhtiar yang terbaik dan termampu.
Part usaha, doa, tawakkal tu kan tugas kita.
InsyaAllah, outcome dia nanti menggembirakan kita.
Sebab Allah tak pernah kecewakan hamba dia yang berusaha bhai..

#Sekian..

*yang ada # maksudnya ayat aku.. yang selain dari itu aku copy paste... ;)

Wednesday, December 4, 2013

::BERCUTI DI MELAKA::

Minggu lepas.... eh... 2 minggu lepas... eh... 3 minggu lepass.... eh..dah  sebulan rupanya...uwaaaa.....cepatnya masa berlalu... hahaha.. ok... kembali kepada cerita...
4minggu lepas aku buat rombongan kanak2 tadika pergi ke Melaka... kenapa namanya rombongan kanak2 tadika.. sebab mmg niat utama nak bawak erina&erisya ke Melaka... lgpun mmg sebelum2 ni pernah terfikir nak jalan2 Melaka dgn En. Suami... tapi xde masa...since hari tu ada kelapangan... maka kita proceed je la kan... . hahaha.. 

Last aku pi Melaka 4 tahun lepas... tu pun aku rasa banyak giler perubahan di bandara Melaka... ape tah lagi En. Suami... dia kata last dia dtg Melaka masa darjah lima... tu dhiaaaaa... bapak punya lama... seb baik xkata last datang masa Zaman Kesultanan Melayu Melaka... xpun dtg masa kijang sepak anjing buruan Parameswara... hahahaha... OK!!  aku dah start merapu.. mari kita kembali ke jalan yg lurus hahahahaha...
Lebih kurang pkul 11.30 kami smpai di Melaka.. 1st destination ialah Menara Taming Sari.. sbb xpnah pi..dgr nama jek.. hehehe.. skali sampai.. mak aih... beratur panjang berjela2 untuk nak naik menara tu.. fufufufufufu... lomah somangat den... dah r dgn berdukung sophea. ..si kembar lagi.. maka kami pun mngubah plan... xjadi lah naik menara taming sari hari tu ... kita mai awal2 pagi esok... konfem xbratur panjang2 ...

maka kami pun meneruskan aktiviti berjalan kaki.. lalu kot depan Muzium Kapal tu.. lalu je k..xmasuk.. xkuasa... bwk budak tadika masum muzium...sgtla xsesuai.. klu dah darjah 2 keatas tu ok.. mmg kne bawak...sbb baru luas pengetahuan. . Bwk budak tadika ni.. usah kata nak igt fakta dalam muzium.. silap haribulan.. xigt pun pernah pi Melaka... hahaha...harga tiket untuk dewasa RM3 and kanak2 RM1... untuk sebarang harga tiket dan masa operasi semua muzium kat Melaka... boleh refer SINI..  


Kami terus menapak...xpi dpn Stadhyus tu.. sbb msa lalu dgn kereta nampak mcm under construction. .. maka pusing kot belakang.. jumpa la lembu derhaka bak kata suamiku.... sebab dah jadi batu.. hahaha.. ayat Mr AF cenggini sebenarnya... "dlu msa datang siap ada kereta lembu depan padang dkt A'famosa... dah besar dah lembu tu.. siap jd anak derhaka lagi".. hahahaha... yup.. dulu mmg padang and ada kereta lembu.. skrg xde padang dah.. dah jadi Pahlawan Mall.. hehehe.. aircond hokkay.. hehehe..

jalan punya jalan smpai la depan A'famosa... rsa jauh yang amat sbb jln dgn budak2 kan..  hahahaha.. smpai2 situ.. nampak tangga yang botingkek-tingkek tu.. rsa lemah smgt nak panjat.. aku & Mr AF  mmg pernah naik.. jd xkuasa nak panjat lagi.. kesian kat budak2.. so posing  sat kat depan tu sebelum kita mencari kedai makan untuk mengisi perut.. 

memandangkan aku ada Sophea si kenit tu.. maka pilihan utama ialah kedai yang beraircond sbb muka dia dah merah kena panas.... kesyian anak mama... maka kami pun masukla Pahalawan Mall tu... pusing2 punya pusing xjpe kedai makan.. means KFC or yg sewaktu dgnnya.. maka teringat masa nak cari Parking.. ternampak restoran Upin&Ipin.. maka.. ayuhlah kitaaaa.... hehehe...

alas perut sementara jalan2 cari tempat makan...

Sampai2 Upin&Ipin... full house!!! Xde meja... tp dah lapar tahap hazab... redah je la tggu turn... hurmmm... personally... aku rsa restoran upin ipin ni custumor servis out... and rasa pun out... huhuhu... ni first time aku nampak restoran Upin Ipin...tgk2 lepas balik melaka tu dah 2 bijik aku nampak kat KL...tp budak2 suka la... jd aku layankan je la... hahaha.. menu paling best aku rasa nasi ayam BBQ kot... rsa dia mcm ayam kicap hahaha,,,, tp harga RM9 klu xsilap aku.... yang lain xsedap sgt....untuk nasi la...western xorder...sbb risau kot Maghrib baru smpai ordernya.. naasi pun dkt2 40 minit baru sampai.... hahaha...


Sesudah makan.. check in kat hotel and mcm biasa..mandi pool itu kewajipan bg kanak2... hehehe... termasuklah aku... kanak2 riang hahaha... aku stay kat Bayview jek....

xleh nak berendam lama2 sebab dlm pukul 5.30 aku dan Mr AF nak pergi ke Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai... pi awal sebab nak balik awal.... nak balik hotel sebelum pukul 8.30 malam sbb nak tengok final Kelantan lwn Pahang... hehehe.. disebabkan itu jugaklah trip kami xnaik river cruise... sbb org kata river cruise best naik malam... baru nampak lampu yang cantik.. klu siang mcm xde ape sgt... disebabkan semangat Gomo Klate Gomo.. maka aku tangguhkan river cruise untuk kunjungan lain kali... hewhewhew... ok..untuk river cruise.. harga tiket boleh refer SINI.. 
ok..sambung cerita tentang ikan bakar umbai... 

elok aku dan Mr AF masuk kereta nak ke Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai.. hujan yang amat lebat.... rasa macam nak batalkan nawaitu jek..tp sbb dah mcm atas kereta kan.. pergilah jugak asalkan sampai.... boleh turun makan ke tak lain cerita... sbb aku xleh nak imaginekan mcm mana tempat dia... on the way tu lalu kawasan nama Bukit Punggor.... aku pun teringat Laksamana Sunan... hahahaha.... ok... sambung cerita... elok2 sampai kat simpang tu... hujan pun stop.... alhamdulillah.... syukur sangat...dapatlah meleoaskan gian nak makan  kat umbai.. .. smpai2 tu diaaaa... lawa kot tempat dia... klu hujan pun no hal lah... berbumbung... boleh makan..hehehe...
ada banyak jugak kedai... aku pun xtau nak masuk kedai mana..so tawakkal je lah... masuk kedai no4&5... alhamdulillah...sedap dan murah... recomended.... ni hidangan untuk kami berdua hari tu... baru RM80.00... udang 4 ekor... sotong 4 ekor... siakap gedabak sekor *(actually ni paling kecik kat kedai tu) pastu kerang bakar...  sebenarnya aku jarang order ikan bakar kat luar...sebab aku masak lagi sedap...beli sdiri lagi murah... hakhakhak... tp sbb xtau nak order ape... ambikjela siakap pon....and harga dia xmahal sgt kat situ... tu aku ambik... siap makan laju2 balik hotel nak tgk TV... untuk si kembar dan bibik...tapau nasi goreng... hehehe...
semangat the RED WARRIOR... baju merah2 tu kan... hehehe..
tidur kehampaan...kalah kan... tsk..tsk..
pagi2 semangat pi breakfast... bawak kembar ni rugi btolla... takat makan sosej sebatang sorang.... T___T lepas bfast siap2 packing sebab nak gi beratur kat Menara Taming Sari.... nanti lambat kan beratur lama lak... hehehe.. harga tiket menara taming sari RM10 dewasa kalau ada mykad... kalau xde mykad RM20... kanak-kanak kalau ada mykid RM5... kalau xde mykid RM10... 
xgayat langsung sikembar ni...siap boleh intai bawah... hahaha..
sekian cerita cuti2 Melaka....sebab lepas turun dari Menara Taming Sari ni kami terus bertolak ke Port Dickson... menuju ke Grand Lexis.... tunggukan entry Grand Lexis... bila...?? wallahu'alam... hahaha...

Wednesday, November 27, 2013

Thursday, October 17, 2013

:: TRIP KE KRABI, THAILAND ::

Chak! Chak! Chak!....
Hahaha... ya ampun... konon bsemangat nak up entry pi Krabi...tup2 2, 3 minggu gak baru up...
Tapi kira ok la kan.. yg trip ke Singapore hari... dah stahun aku xsempat2 lagi nak up... kiranya Krabi dah langkah bendul la nih... hahaha...
Ok... alkisahnya... mcm aku cakap dulu... sejak tengok crita hindustan Kaho Naa Pyaar Hai msa form 4 dlu.. terdetik hati nak pi sana... tp sebab hati lebih terdetik nak ke Bali untuk honeymoon... maka terpaksa ketepikan dulu Krabi.. nak pi last year tp apekan daya... sophea dalam perut... hehehe..
Trip ke krabi ni aku guna jalan darat merangkap drive sdiri... memula xde keberanian sbb dengar macam2 and xpernah masuk Siam sendiri lagi kan... tapi ada kawan aku, Syaza..yang selalu drive masuk Siam.. beliaulah yang banyak bagi kata2 semangat and dorongan untuk drive sendiri pegi Krabi... aku nak drive sbb flight dr penang xde pi Krabi.. pi Phuket ada la.. tp aku nak pi Krabi..nak naik flight kne pi KL dulu pulak.. satu hal la pulak.. cuti bukan banyak...jd masa sgt berharga.. xmo terbazir sbb pi kiri kanan... nak straight to the point terus... no belok2.. hehehe...


Setelah merujuk sifuku si Syaza... beliau cakap jalan kat Siam sangat best..  yang penting ada GPS...
dan satu lagi maklumat yang sgt penting dan berguna beliau habaq... kalau nak ke Krabi... lagi dekat kalau masuk melalui WANG KELIAN... dan terbukti benar... mmg save  lebih 100km compare masuk kot BUKIT KAYU HITAM sebab kita xperlu masuk HATYAI... aku mmg xske bandar HATYAI yang crowded itu... dan satu lagi main reason aku nak masuk kot WANG KELIAN ialah bila Malaysia cuti especially public holiday... maka tersangat banyak bas2 malaysia wat rombongan pi Siam... jd aku malas nak crowded berbaris berjam2... sbb tu aku nak elakkan BUKIT KAYU HITAM...

Imigresen Wang Kelian bukak pukul 8.00 pagi setiap hari... jadi pkul 5.30 pagi aku dah btolak dari rumah... sembahyang subuh di RnR Gurun... then continue ke Wang Kelian.. singgah breakfast dkt2 border... hehehe... disebabkan sedia maklum harga minyak kat Siam mahal... maka dkt Wang Kelian tu ada stesen Caltex... kat situ aku isi minyak kasi penuh tank hehehe...  caltex ke border ada la dalam 10 minit ..

Maka sampaila ke border dalam pkul 9.15 pagi cenggitu... dan alhamdulillah tepat seperti jangkaan... org xramai... maka xde susah2 nak kne que panjang berjela untuk cop passport  .. kastam pun laju jek... ha!! Lupe lak nak story awal2 tadi.. klu nak bwk kreta masuk border... kita kne ada insurance... sbb aku ni jenis mls nak delayed perjalanan nak que situ que sini... maka aku dah wat insurance seminggu awal... tp kne kerja lebih sikit la.. aku gi wat insurance kat stesen minyak kat RnR gurun... dia bukak dlm pkul 8.00 pagi smpai 9.00 mlm mcm tu la.. jd sbb dah plan nak pjalanan yg smooth..tu aku wat insurans awal... klu korang nak wat on the same day korang travel boleh jugak... kat area Changlun ada banyak... tp selamat beratura ek.. beratur wat insurance...pastu beratur cop passport pulak.. I malas hokkay.. sbb tak mau delayed... mau cepat2 smpai Krabi hehehe... oh ye... insurance dlm rm15 mcm tu la...


Ni la post Imigresen Wang Kelian

pak haji & mak haji 

Dah masuk border tu jenguk2 la sat kedai2 kat Wang Kelian... ini info pengetahuan am... kedai2 kat Wang Kelian tu bukak hari2..tp setiap Sabtu & Ahad.. kita boleh masuk border tanpa guna passport... =)  murah2 gak brg dia.. emas celup Korea mmg banyak... rantai dengan loket besar gedabak tu baru rm35... geram jek aku... tp tkut satgi peragut duk aim aku.... xbbaloi dgn nilai rm35... huhuhu.. nauzubillah... tp otw balik dr krabi.. cerita awal hehehe.. aku beli tikar evamatic yang besar gedabak... siap 2sided bcorak.. baru rm28... pastu ada member cte... klu kereta budak yang cas elektrik tu.. boleh dapat half price dr jual kat kedai2 biasa... mmg aim nak pi lagi utk beli kereta Sophea hehehe   ...


Ok.. sambung cerita... lepas jek deretan kedai2 Wang Kelian... kami semua mcm org kena pukau... mulut semua telopong kekaguman... JALAN DIA MEMANG BEST OK!!!!!!! BEST GILER!!! luas... lagi best dr highway plus...  terus rasa nak pecut laju2... sbb xde lubang... and yang pasti... xde speed trap hahaha...
Bila masuk Wang Kelian.. kita akan masuk Satun... Satun ni daerah islam.. masjid sepanjang2 jalan... kedai makan pun banyak... tp sebab kenyang bfast... kami xsinggah pun.. terus jek drive.. sambil mengagumi view2 sepanjang jalan... bukan pemandangan dia.. tapi rumah2 dia.. rumah2 kat siam ni colourful... atap zink tapi2 kaler ada zink depa... pastu rumah diorg cat nampak baru jek.. dan banyak rumah yang cantik2... design dia moden.... and nampak damai.. dia xde rumah taman.. semua rumah sdiri.. design sendiri tapi finishing lawa... xjemu kupandang...dan satu lagi... majoriti rumah ada parabola.. ada sesetengah tu.. parabola lagi besar dari rumah hahahahahaha...  stesen minyak banyak.. tapi kebanyakannya lengang... xde nampak pun kereta2 duk isi minyak... heran jugak  hehehehe .. kami jugak kagum tgk lembu2 kat siam.. semua gemuk2.. besar2.. klu dpt sekor untuk korban mmg puas hati... ye la.. lembu malaysia especially untuk korban.. harga ribu2.. tapi mai besar sikit jek dari bapak kambing... what the fun btolla...

dari Wang Kelian korang akan lalu Satun, Pak Bara... hehehe... 2 tu jek yang aku igt... hahaha...


Dalam pkul 2.00 ptg kami pun sampai ke hotel... bagi yang nak booking hotel.. macam biasa... gunalah Agoda... pilihlah hotel mana yang korang nak..harga berapa korang nak bayar... tp yang penting... pastikan berdekatan dgn Ao Nang... sebab Ao Nang adalah heart of Krabi... jd check map hotel tu btol2... klu bukan kat Ao Nang pun.. tgk jarak dgn Ao Nang.. jgn jauh sgt.. 5-6km from Ao Nang is ok... ;)

infinity pool..... private pool
anak tinggal... bawak mainan.. malam2 blakon jadi sophea... T___T


Lepas dah rehat santai2 kat hotel... keluar pegi ke Ao Nang untuk dinner... ha.. lupe nak habaq... waktu kat siam lewat sejam dari malaysia... tp sama gelap ikut malaysia.. means pukul 6.30ptg dia sama gelap dgn 7.30mlm malaysia.. ada faham? Hehehe.. kedai makan sgt banyak.. Black Canyon pun ada.. mmg la Black Canyon tu fav aku...tapi apa motif ko pegi ke Siam pastu masuk mkn kat Black Canyon yg kat Malaysia pun ada..membazir petrol sangat hahaha.. sah2 kne masuk mkn yg xpnah makan... tomyam siam mmg best..!!! Kedai makan ada banyak area depan mcD.. lemon, fareeda, pastu ada lagi..xigt dah.. cuma aku nak recommended CHABA...
dia jauh sikit.. area depan masjid.. dkt dgn Hasna Palace... harga makanan xmahal... murah lagi dari Malaysia adela kot... hehehe.. mcm yang aku makan tu baru 800Baht... kalau pagi bolehla datang breakfast kat Hasna Palace... pagi2 lagi dah bkak..yg lain2 tu ptg baru bkak...


Penat bersiar2... balik hotel terus tidur... oh ye.. Keistimewaan Krabi ialah keindahan pulau2nya... jd island hoping itu adalah kewajipan tau... ada macam2 boat hoping. .. 4islands, 6 islands, 7islands, phi2 island and macam2.. semua on schedule... btolak 8.00 am balik 3.00 or 4.00pm... ikut pakej... 7islands jek btolak pkul 1.30pm.. balik 8.00pm... sbb dia dinner on the beach... yg lain semua lunch... ha..!! Yang bagusnya diorg punya island hoping .. semua includes tau..lunch, air mineral serta kudap-kudapan... jd xdela korang berlapar or tersenget bahu sebab angkut makanan... hehehehe. ... snorkeling skali tau..  semua pakej2 ni boleh cari sdiri kat Ao Nang... tapi sebab aku mls nak bersesak otak duk cari pakej...sebab komunikasi macam itik dgn ayam... bi sgtlah level biasa2 jek..takat yes and no jek.. xke haru klu nak tawar menawar.... so dr aku bersusah payah... aku booked via hotel jek... sblm kuar pi diner hari 1st tu aku dah booked hahaha... lagipun harga sama macam yg aku tgk org keramaian post kat blog depa jek... so watpe nak bersusah2 kan... aku ambik trip 4islands.. 450Baht/person with longtail or 990Baht/person with speedboat... banyak company yang wat trip ke 4islands... jadi xrisau trip full... tapi untuk ke phi phi Islands mmg kne cepat... kawan aku 2x pi xpnah berjaya pi phi2 islands sbb trip full... so aku booking via hotel awal 2 hari... dapatla ke phi2 islands dgn harga 110Baht/person... company2 boat tu akan mai ambik kita dgn jeep kat hotel pkul 8.00am...
Sebab malas nak cerita banyak... layankan aje ek gambar2 di bawah.... hehehe...

4island trip ( kita akan pergi Tup Island, Poda Island, Chicken Island & Phra Nang Bay )









Phi-phi Island trip






Niat di hati nak upload banyak2... tp lmbt la pulak loading..so ckupje la beberapa keping ni ek... nak edit watermak blog pun xsempat huhuhu...


Satu lagi benda penting yg aku lupa nak cakap... bila nak pi island hoping ni.. pastikan korang bawak beg yg waterproof. .. kalau x jadilab cerita pilu mcm Mr AF.. excited tueun boat masuk dalam air jernih yg amat.. terlupa pouch bag kat pinggang... maka... "selamat"lah hand phone HTC hantaran kawen.... buhuhuhuhu...sudah tertulis ajalnya disitu... tapi yang musykil pasal laki aku nih... pagi tu handphone tenggelam... balik hotel ptg tu dah duk google sony xperia Z1.... adakah kejadian pagi itu kemalangan atau kemalangan terancang? Hahahaha....
K... dah penat aku tulis... panjang benau dah cerita.. pendek kata.. harapnya entry aku nih blh dijadikan panduan untuk korang yang berminat nak drive sendiri ke Krabi.. 8 jam jek pjalanan dari Juru... macam Perak - Johor jek.. apa2 pun.. berhati2 di jalan raya dan setiap kali nak mulakan perjalanan...jgn lupa sunat musafir... xkisahlah nak pi mna pun.. kerana semuanya adalah atas rahmatNya... ;)

p/s: aku pi Krabi ni aku xbawak Sophea..sebab bagi aku Krabi & island hoping adalah tidak sesuai untuk kanak2 berumur 5tahun kebawah... kesian kalau bawak... dgn panas and xselesa untuk diorg duk atas bot... jadi aku tinggal sophea kat pengasuh.... aku tgk ada sorg yang satu boat dgn aku... bawak anak yang msa tu 9bulan..tua sebulan dari sophea... mmg duk beriba anak... xblh nak snorkling bagai...and kalau anak tu duk gelak happy2 xpe... ni duk nangis la..sbb nak tidur tapi bising... klu lena kat pulau bentang kain letak tidur atas pasir... oooooh oooh ohhh.... aku rsa aku tinggal sophea adalah satu keputusan yang bijak.. klu nak kata aku ibu yang kejam..aku rsa kalau aku bawak aku lagi kejam... sbb itu bukan tempat untuk budak... at least sophea kat rumah makan ikut jadual.. mandi ikut jadual... tidur dgn nyenyak... xde tidur atas pasir2 smua tu dibawah panas terik matahari...  In fact, the more I thought about it, the decision to take her with me seemed more selfish than selfless.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...