header flash

Tuesday, March 25, 2014

:: MH370 ; BERAKHIRNYA SEBUAH PENANTIAN ::

Assalamualaikum..
Semalam...
Bila dapat tahu ada PC MH370 pkul 10 mlm oleh PM... hati sudah berasa tidak enak..
Seakan gerak hati dapat menghidu perkhabaran yg kurang enak akan disampaikan..
Dan..
Ramalanku benar belaka...

"This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean." - DS Najib


Rasa sebak dan sedih menikam jiwa...
Semuanya kerana aku terlampau percaya kepada spekulasi yang kononnya pesawat itu dijadikan tawanan...dan aku pilih untuk percaya spekulasi itu sepenuh jiwa agar hati berasa tenang dengan impian kesemua penumpang MH370 masih selamat..

Dan..
Bila kenyataan rasmi dikeluarkan..
Rasa sedih...tersedar dari angan2...
Kesemua mereka sebenar2nya memang telah hilang..
Di Lautan Hindi..
Yang dalamnya 7000m...
Yang lautnya bergelora..
Yang cuacanya dibadai ribut...


Innalillahiwainnailaihirraji'un...


Kuasa Allah itu sangat besar ..



Semoga keluarga & sanak saudara mangsa dapat menerima berita ini dengan penuh redha dan ikhlas..
Berat bahu yang memikul tidak seperti mata yang memandang...
Hanya kiriman doa yang mampu disedekahkan...
Agar jasad mereka damai di sana...

Al-fatihah..

"Syahid itu ada tujuh selain daripada peperangan di jalan Allah; mati kerana taun adalah syahid, mati kerana lemas adalah syahid, mati kerana penyakit bengkak di sebelah badan adalah syahid, mati kerana penyakit dalam perut adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana runtuhan (tertimbus) adalah syahid, dan seorang wanita mati dengan kandungannya adalah syahid."
- (Riwayat Abu Daud).

Aku xmo cerita panjang psal kesedihan kehilangan ahli keluarga.. sebab semua orang dah faham..


Cuma nak sentuh tentang kesusahan hati mereka yang terlibat secara langsung..
kalau kita yang berperikemanusiaan... gambar ini jelas menunjukkan kepasrahan DSN.. :(





Iya.. 
Bagi komplen memang senang..
Cakap hebat macam dialah manusia paling hebat dalam muka bumi..

"Lembab.. nape lambat nak umum"

"Pengurusan xcekap.. penyaluran maklumat xtelus"

"Cakap BI pun gagap..macam tu pun layak jadi orang besar ke"

"Beli kapal selam..tapi xguna.. nampak sangat kapal selam tu mmg xberfungsi..."

"Xjumpa pape..tapi dah declare hilang...based on data jek?"

"Malas nak cari dah la tu...sebab xtau kat mana"

Takat teori..anak sdara aku yang darjah 4 pun boleh sembang kencang psal MH370..
Kutuk orang lagi sakan... sebab ko kan cukup kelayakan..
Tapi sumpah..
Aku xrespect langsung golongan yang macam ni..
Tapi aku diam jek..
Cakap ape pun xmenang kita..
Sebab ni golongan-golongan KEBAL..
"Kemahiran Berfikir Aras Looser"

Kenapa aku kata LOOSER...?
Sebab kalau dia bukan looser
Mesti dia pernah dilantik jadi ketua..
Xketua negara pun.. ketua kumpulan..
Sebab...
kalau orang yang pernah jadi ketua dengan sifat penuh tanggungjawab...
Dia akan tau betapa peritnya bila terjadi benda yang xelok pada 'anak buah' dia...
Jika dia tahu bagaimana beratnya beban 'tanggungjawab' itu..
Dia xkan sesuka hati melempar cerita ikut nafsu politik semata2...
Sebab dia boleh imagine macam mana perasaan kalau dia ditempat 'ketua' itu..

Ye...Memang ada kurang kat sana sini..
Tapi kita tengok jugak..
Ni bukan kes basikal langgar ayam...
Ni kes air crash..
Yg bukan blaku setiap tahun..
Jarang berlaku..
Dan klu faham betol2..
MH370 ni bukan air crash biasa..
Ada unsur luar biasa yang penuh tanda tanya...
Yang hanya Allah & penumpang MH370 je yang tau apa yang sebenarnya berlaku..
Even hanya segelintir yang KEBAL ini... ia turut mencalarkan jiwa ramai orang..
Macam isu bomoh tu la..
Yang terlibat 3,4 orang..
Tapi natijahnya..
Satu dunia cakap rakyat Malaysia bodoh..
Haruuuuuuu....

Dan Islam juga menyuruh kita agar saling mengasihi dan saling mendoakan..
Bukan menghentam dan memfitnah...
Sebab bukan senang nak mencari di padang mahsyar nnt untuk memohon ampun...


Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha mencari MH370... tidak kira dari Malaysia atau mana2 negara. .

Dan terima kasih kepada Allah..
Kerana dengan ujian ini..
Kita dapat lihat kasih sayang yang tersemai di hati manusia...
Kerana ujian ini..hati kita kembali kepada Allah...
Kerana ujian ini...kita lebih dekat kepada Allah...
Kerana ujian ini..kita sedar Allah yang Maha Berkuasa...
Apalah sangat taraf ilmu & kexanggihan teknologi manusia jika dibandingkan dengan Kun Fa Yakun...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...