header flash

Friday, June 13, 2014

::KENAPA HARUS BEGITU?::

Cuaca mendung...
Suami duk jauh...
Mula la rasa rindu-rinduan..
Hahahahaa...
Gatai nooo..
Sendiri cari pasal nak mai KL pastu nak feeling feeling rindu... pang sedas baru la hilang kemaruk rindu.. hahahaha...

Actually....
Hari ni nak bercerita pasal benda yg memang dilema sungguh..
Dah lama duk terfikir...
Tapi hari ni baru tergerak hati..
Tapi masa menulis ni memang takde intention ape pun...
Jangan nak salah tafsir pulak..
Screen shot dr FB Mufti Ismail Menk


J.O.D.O.H
semua orang tau perkataan ni..
Tapi semua org macam kurang sedar..
Bahawasanya kuasa jodoh itu ditangan ALLAH..
Siapalah kita untuk menentukan jodoh...
Tak kahwin lagi...
Sebab xjumpa jodoh lagi...
Dah kahwin...tapi bercerai...
Sebab jodoh xpanjang...



Dan..selaku manusia yang dah berkahwin..
Perkataan bercerai itu adalah suatu perkara yang memang semua orang nak elakkan..
Tapi takdir.. tiada siapa yang tahu..
*(mampu berdoa semoga jodoh dipanjangkan hingga ke syurga... )

Aku yakin tiada mana2 pasangan yang memasang niat nak  bercerai saat mereka didijabkabulkan... *(kalau ada... mmg patut diconsider gila..)
Jadi..setiap perkahwinan tu didirikan atas perasaan kasih sayang dan cinta...

Dan..
Allah kurniakan anak..
Aku tertarik dengan statement Mufti Ismail Menk... bukan yg gmbr yg atas..ada satu lg yang lai ..aku try nak printscreen tapi xjumpa..
Tapi lebih kurang macam ni la.. aku translate ek..
"Anak adalah rezeki yang Allah kurniakan kepada suami dan isteri.. tetapi kenapa apabila berlaku perpisahan*(bercerai).. satu pihak cuba merampas hak tersebut dari satu pihak yang lain"

Ha..lebih kurang macam tu la.. pendek ayatnya..tapi dalam menyucuk jiwa...

Aku...
Xde pengalaman banyak..
Garam xbanyak lagi aku telan...
Tapi cuba tengok sekeliling...

Aku ada anak murid..
Ramai..pelbagai kaum...pelbagai agama..
Ada beberapa orang yang kurang bernasib baik kerana tidak dibesarkan sebumbung oleh ibu dan bapa kerana jodoh ibu bapa mereka tidak panjang...

Ada yang ibu meninggal... ayah kahwin lain... dia duk dengan nenek belah arwah mak.. terabai.. nak duduk dengan ayah.. family arwah mak dia tak bagi..racun minda macam2..pdhal ayah dia duk minta nak jaga..

Ada yang ibu bapa bercerai.. dia duduk dengan mak..adik duduk dengan ayah... ayah dah kawen lain dah ada famili baru... bukan takat xjumpa dengan ayah dah..dengan adik dia pun dah terputus hubungan..

Ada yang ibu bapa  bercerai.. duduk dengan ayah..xpernah jumpa mak dah lepas tu..

Yup..persepsi kita...
Suami dan isteri bercerai...
Suami jahat...isteri mangsa...
Xpayah bohong... memang itu yang akan menjadi tanggapan utama kita...

Tapi dalam dunia sekarang ni..
Banyak jugak yang kes isteri buat hal dan suami yang jadi mangsa...

Dan... apabila bercerai...
Isu utama ialah hak penjagaan anak..
Dan sekali lagi tanggapan kita...
Pihak yang dapat hak penjagaan anak ialah pihak yang teraniaya...  betul x?

Yang tu aku xmau komplen...
Tapi aku pernah jumpa...
Isteri diceraikan kerana suami kawen lain..
Hak penjagaan semua dapat kat isteri.
Tapi isteri ini bertimbangrasa... bagi anak jumpa ayah mereka...xde isu halang utk berjumpa...

Aku pernah jumpa... suami isteri bercerai..
Hak jagaan anak dapat kat isteri semua..
Tapi atas kelembutan hati... isteri bagi suami jaga sorang...
Hasilnya..
She lost her son sebab si bapak meracuni fikiran si anak.. never let him sees his mom..tapi dia sesuka hati dtg melawat anak yg ex-wife dia jaga... muka tebal jek dtg... sambil2 tu cuba nak meracun sang anak.. bukan racun nak bunuh..tapi meracuni pemikiran anak dia kononnya dia di pihak teraniaya.. WTFun btolla... &@%&#!!

Aku ada jumpa yang si isteri dapat hak jagaan anak...pastu langsung xbagi si bapa jumpa anak...kalau si bapa nak bawak anak jalan2 pi mana2 time cuti sekolah...mesti xpernah dapat... baru ni jek dia bjaya bawak anak dia jalan2 sehari...aku nampak muka dia happy tahap tak terungkap...


Ye..dulu aku pun duk mengagungkan kasih ibu..
Iya..benar...xterbalas jasa ibu mengandubgkan kita..
Betapa aku syg anak aku start dari dalam perut..
Tapi aku xnafikan... MrAF pun sayang anak aku jugak..
Dari situ aku nampak kasih seorang ayah terhadap anak..
Jadi aku mula berfikir..
Disebalik lasih sayang ibu terhadap anak..
Tidak adil andai kasih sayang seorang bapa terhadap anak dinafikan..
Tidak adil andai kita kata sang bapa xsayangkan anak..

Teringat perbualan dengan student aku sebelum cuti..dia tinggal dengan nenek belah arwah ibu

Aku: cuti ni balik rumah ayah ke?
Student X : xnak.. xsuka..
Aku: kenapa?
Student X: bosan bini baru dia(mak tiri) suka membebel... asyik nak suruh baca buku.. xbest langsung...
Aku: Ooooooo....pasal tu ye? Ada nombor mak tiri kamu tu? Saya nak call nak ucap terima kasih kat dia.. nak suruh mai ambik cuti ni..barulah study... (sambil gelak)
Student X : ala cikgu...xnak la.. malas la nak jumpa ayah saya..
Aku: xbaik tau kamu mcm ni.. tu ayah kamu.. sekarang xnak jumpa ayah la..xsuka jumpa ayah la..nnt nak kawen pandai pulak nak cari ayah suruh jadi wali...

Sentimen ibu tiri..
Ni semua pengaruh cerita dongeng dgn drama melayu la ni..
Asal mak tiri je jahat..
Asal mak tiri je kejam..
Asal mak tiri jek zalim...
Asal mak tiri jek suka dera...

Tapi ramai jugak aku jumpa dengan mereka yang berstatus mak tiri tapi baik amat..

Aku ada jumpa sorg ni yang berstatus ibu tiri.. dan husband dia dpt hak penjagaan untuk dua org anak dia dengan bekas isteri..
Yang emak tiri ni sikit punya baik..
Dalam kepala dia duk risau mcm mna nak bagi pendidikan terbaik kat anak2 tiri dia dua orang tu..
Tak berkira soal kewangan untuk anak2 tiro dia..
Dia xpernah bezakan anak tiri dia dengan anak dia sendiri..
Dia tak pernah kisah kalau bekas isteri husband dia nak jumpa anak2 tiri dia tu..
Dia xpernah halang..
Tapi masalahnya bila si bekas isteri tu suka nak meracuni minda..
Bukan takat meracuni minda..tapi meracuni jiwa..siap bomoh anak2 dia suh duk rindu dia dan benci mak tiri..
Syaiton   sungguh perangai...
Nak kata dia sayang sangat anak2 dia..
Xde pun nak kta jumpa sebulan sekali.. serahun sekali dua or 2 tahun sekali macam tu je jumpa..
Xde pun nak kirim duit hadiah kat anak2 ke ape.. tp reti nak soh anak benci ayah & mak tiri..

Cuba tengok Erra & Engku Imran..
Even bercerai tapi masih berbaik demi untuk anak..

Iye..
Aku bukan ditempat mereka...
Jadi aku susah hati juga bila bicara soal macam ni..
Sebab macam aku cakap..
Aku xtau masa depan..
Aku hanya mampu berdoa agar jodoh dengan MrAF dipanjangkan hingga ke syurga...
Dan berharap agar xperlu menghadapi perkara seperti ini..


Nota kaki : i had a-never-meet-niece... just heard the story bout her and saw a few pics of her from her mom's instagram.. sedih.. kenapa harus begini jadinya?.... T____T

Nota tangan: macam kena je dengan tema Fathers Day kan.. hahaha..







0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...