Monday, June 23, 2014

:: PASAR KEMBOJA DI PARIT BUNTAR ::

Assalamualaikum...
Ni nak hapdate laju2...
Al kisah sebab ramai sgt yg pm tnya kat mna boleh beli tudung ala Fareeda yg super gred mcm dlm entry tudung Fareeda aku tu kan...

So meh sini nak cerita...
Di Parit Buntar ni...
Ada satu pasar minggu yang dikenali sebagai Pasar Kemboja...
Bila dia bermula or bertapak aku xsure...
Tapi selama 10 tahun aku bermastautim kat Parit Buntar ni...
Memang dah wujud pasar ni..

Kenapa nama dia Pasar Kemboja?
Sebab peniaga dia majoriti orang Kemboja..
Dan 90% barang dagangan mereka... ialah pakaian.. pakaian wanita khususnya.. jubah, baju kurung, kain pasang, telekung, and tudung bertimbun2...



Yang mana org duk jual online tu.. semua boleh didapati di pasar Kemboja..dengan harga yang murah... kalau jubah kat kedai/butikjual rm120-150...sini boleh la dpt dlm rm90...pastu kalau ambik beberapa helai.. dia bagi la murah lagi.. rm70 pun blh dapat.. sebab tu biasanya kita kawtim2 dgn kawan2... so skali pi beli byk pasang.. dapat la harga super murah..

Termasuklah tudung2 layer terkini trending mengikut pasaran... kalau si Mawar Fareeda tu dtg sini.. kena strok dia sebab darah menyirap... bayak nooo yang tiru patent dia.. hahaha..

Dulu pasar kemboja 2kalu seminggu..
Hari Jumaat & Isnin.. jadi geng2 cikgu petang la yang dapat merasai nikmatnya.. muahahahaha..
Sehinggalah tahun lepas... MDK & MPSPS xbagi diorg meniaga 2x seminggu sebab jammed teruk jalan.. maka sekarang waktu operasinya ialah hanya Hari Sabtu.. dari seawal pagi sampai petang... pukul 7.30pagi tu dah ramai orang..

Start dibuka hari Sabtu..maka makin berduyun manusia.. segenap pelosok alam mai shopping kat Pasar Kemboja Parit Buntar ni...dah2 ala2 masuk dalam kawasan pelancongan di Perak kot...sebab siap dtg dengan bas ok.. bukan sebijik.. skrg ni ada la dekatw 30 bijik bas yg aku nampak parking dtg Pasar Kemboja hari Sabtu.. dahsyat gitu...

Sampaikan parking kereta pun dah kena bayar rm3 kalau parking kat Tmn. Kerian Permai... kira dekat sgt lah dengan rumah aku...rsa sakit hati lak nak kena bayar parking bagai.. hahahaha..

Dan bila org dah ramai ni..kekadang yang meniaga pun dah naik tocang.. bila mintak tawar jek...siap boleh buat2 muka bebel2 dalam bahasa kemboja... hamboiihhh... makan hati aku...rsa mcm looser gila aku selaku warga negara Malaysia masa tu... tp nak wat mcm mna.. dah depa yang menguasai ekonomi kan.. telan je la walau pahit... T_____T

Ha..itu jelah aku nak bercerita...
Tempat dia dia Matang Tok Mahat..
Sempadan Perak & Penang..
Sempadan oleh jalan raya.. kedai sepanjang2 kiri & kanan jalan tu..

Dan skrg ktanya kat Bandar Baharu, Kedah pun bukak tapak untuk Pasar Kemboja..
Hari Isnin & Jumaat...
Yg tu aku xpernah pergi..
Yang belakang rumah ni pun blh kira dengan jari je berapa kali aku pi..
Aku ni kan pelik..
Bila pi pasar kemboja tu..
Banyak sangat pilihan.jadi rambang mata mcm mna entah...
Terus jadi xde mood nak beli pape..
Hahahahaha..

P/s: boleh dianggap sebagai Jalan TAR di Utara la kiranya..

P/s: kalau nak dtg tu sila buat persediaan mental.. mmg sesak & berpeluh2 la nnt.. sebab rmai amat manusia.. bln puasa nak dkt2 raya nanti xtau la mcm mana.. raya tahun lepas.. orang parking smpai depan rumah aku untuk ke Pasar Kemboja.. huhuhuhu..

P/s: xde gmbr utk diupload.. nnt bila2 aku pi aku upkan gmbr kat sini.. ok?

P/s: berkenan Nour Sara Fareeda tu...tp xbrani nak beli lagi kot2 tgk2 ada yg tiruan kat PasarKemboja ni..xke sawan aku.. rm250 kot selai... hahahaha..

PASAR KEMBOJA PARIT BUNTAR PART II




1 comment:

  1. Hehe..aku beli kt bazar tok guru rm40..yg stail sara fareeda tu...xyh beli fareeda dh

    ReplyDelete