header flash

Friday, November 28, 2014

::PENGACARA MAJLIS TERHEBAT DI PARIT BUNTAR::

Phewwwmm.. lemas aku dgn habuk dan debu kat blog sendiri....hahaha..


Ok...nak update laju2...
Sebenarnya lama dah aku nak share psal benda ni... tapi biasalah.. xsempat nak taip ... hari ni kugigihkan jua untuk menaip..

Memandangkan sekarang ni musim cuti sekolah a.k.a musim kenduri... maka bertepatan lah dengan entry kali ni..

Ok.. aku xtau la orang lain kan..
tapi kalau aku dgn MrAF... kami berpendapat bahawa emcee or pengacara majlis mempengaruhi mood majlis tersebut...
mungkin bagi sesetengah orang dia xkisah pun Emcee membebel ape.. tp bagi aku..aku kisah..



bagi aku kalau majlis kahwin..biarlah suasananya bertepatan dgn majlis kahwin.. sebab kadang2 tu emcee merapu ntah ape2... dah jadi macam pesta lambak dah kenduri tu... and kadang2..suara emcee tu jek memenuhi atmosfera dari awal smpai akhir... pftttt....busannnnn...
yang paling xtahan.. di majlis kahwin... pasang lagu putus cinta... adoilaaa...xleh hadam btolla.. .. pengantin tu ex bf/gf dia ke ape? Hahahaha..

Lagi satu...aku mmg xblh blah klu emcee buat gaya  dejaay radio zaman dulu2.. style bkak lagu pastu slowkan dia cakap..bkak lagu smula..slowdownkan pastu dia cakap.. pendek kata..dalam satu lagu tu..ko dgr suara dia membebel tu lagi banyak dr lagu.. potong stim tau x.. hahaha..

Maka sebab tu masa majlis kawen dlu.. aku awal2 lagi dah book Tn Hj Nasir.. ni rakan seperjawatan kat sekolah lama dulu..dia berusahasama dengan KayZak Studio...
Yang disebelah aku KayZak, yang disebelah MrAF Tn Hj Nasir

 yang bestnya Tn Hj Nasir ni dia sporting.. mmg 100% follow tentatif yg aku susun..and beliau siap tlg tunjuk ajar lagi mcm mna nak susun..apa dlu..apa dlu.. bg memastikan majlis bjalan lancar.. pastu siap play lagu yang aku provide kat dia je..xde dah lagu selain dari tu..dan beliau memang santai.. dalam keformalan ada kesantaian... alhamdulillah aku puas hati sangat9999.. tp masa kenduri abang aku Tn Hj Nasir ni ada hal..so dia pass kat KayZak.. ha.. beliau pun ok jugak... siap selawat Muazzen live..giler kagum..meremang bulu roma aku..  hehehehe..

Then sorang lagi emcee terhebat yang aku jumpa ialah Amin..

dia founder Suara Nyaring PA System.. ha..beliau ni aku baru kenal tahun lepas...sebab tu xberpeluang nak gunakan khidmat beliau lagu..tapi sepanjang aku mengikuti majlis2 yang beliau jadi emcee...memang terbaik..!! Muda lagi.. sesuai dgn jiwa orang kata.. tapi walaupun beliau masih muda...tapi beliau juga tahu mengaplikasikan keformalan dalam kesempoian.. jadi aku rasa korang akan puas hati sgt999  la dengan beliau..

Ok..kedua2 emcee/pengacara majlis ni memang yang terrrrrhangat di pasaran Parit Buntar/Bagan Serai/Nibong Tebal.. jadi..bila nama pun terhangat..memang selalu fully booked..kalau korang nak gunakan khidmat mereka..nasihat aku..booked diorang awal2... 6 bulan awal at least...lagi bagus setahun awal... kalau tak konfem korang gigit jari la... serious..memang kecewa tahap hantuk kepala kat dinding la aku blh cakap kalau xdpt nak guna khidmat mereka2 ini..

Jadi apa lagi..
kontek mereka cepat2...
pilihan dia tangan anda..
nak pilih KayZak or Suara Nyaring..
but both mmg takkan mengecewakan anda.. this I promise you.... hahaha..siap nyanyi lagu nsync aku betapa nak yakinkan korang hahaha..



Ini info yg kayzack.

Boleh klik Fb
Suara Nyaring


P/S: ni bukan iklan berbayar ok..aku xdpt komisyen pun..tapi dah memang sifat aku dari azali..benda baik je..mesti share..supaya kegembiraan itu kita rasai bersama.. ;)

P/S: mereka xlimited untuk majlis kahwin je tau..majlis2 lain pun boleh..hari sukan ke..annual.dinner ke.. apa2 je.. mereka pasti dapat laksanakannya dengan cemerlang...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...