Sunday, January 18, 2015

:: ARJUNA BETA 2.0 ; JUARA LAGU DI HATIKU ::

Yupsss...mlm ni AJL...
giler terkejut aku bila hr tu umum Arjuna Beta xdpt masuk final..
heran bin ajaib sungguh..
Padahal lagu sikit punya best...

Korang tau kan..
aku pernah tulis pasal Arjuna Beta sebelum ni..
lirik yang sungguh mendalam...
xleh masuk final..
lagu yang ntah ape2 mcm "Lelaki" tu blh masuk pulak...
ooooo...
sebab lagu Yuna....sebab tu boleh masuk final.. pfttttttt.... double standard...

Masa semi final...
masa Kok Ping nyanyi lagu tu..
dengan aku skali menitis air mata...
MrAF tengok aku pelik je..

"Orang lelaki mana faham...jiwa mak2 je yang faham"... aku sound dia awal2 sambil lap2 air mata..

Huuuu... mendalam tau lirik dia..
tambah2 bila tau...
Juna is mild autism..
ya allah.. tabah hati seorang ibu utk menghadapi situasi macam ni...
dalam kesayuan hati...terfikirkan luluhnya hati Kok Ping..
aku terfikir..
macam mana dengan ibu2 kepada anak autism yang lain.?? Kok Ping sekurang2nya berkemampuan nak hantar Juna ke sekolah untuk Autism.. tapi bagi family yang xmampu mcm mna?

Tabahlah ibu2 yang mempunyai anak autism dan kelainan upaya...
hanya sabar yang mampu aku ungkapkan..
tapi percayalah..
di dunia kalian diuji untuk tabah membesarkan anak2 istimewa..
percayalah..
di 'sana'... mereka menunggumu di pintu syurga...
Itu janji Allah pada kalian... bersyukurlah... kami yang anak2 sempurna ini... dalam ketakutan andai tidak berjaya untuk mendidik mereka menjadi ahli syurga... T____T...

Terima kasih Kok Ping untuk lagu Arjuna Beta... itulah jiwa seorang ibu...terima kasih kerana menzahirkannya dalam bait2 yang indah mewakili kami kaum ibu... Arjuna Beta adalah Juara Lagu yang sebenar bagi aku dan sampai bila-bila ada di carta hatiku...


"Kadang-kadang... yang kita anggap ujian itu sebenarnya rezeki dariNya dan yang kita sangkakan rezeki itu sebenarnya berkemungkinan adalah ujian dariNya.. " - Hasniza Ibrahim

No comments:

Post a Comment