header flash

Tuesday, June 14, 2016

:: RESIPI AKOK KEDUT ::

Seperti ramai yg sedia maklom..
Punyala aku riak bangga kembang lubang idung semalam sebab berjaya buat akok kedut..

Jadi hari ni i rasmikan blog dengan resipi akok selepas sekian lama blog ni menyepikan diri...bukan xnak menulis tapi entahla..kekangan masa kot...kalau ikut cerita..banyak aku nak cerita kat sini... mmg senak otak aku dipenuhi dgn draft2 cerita yang aku nak tulis tapi xtulis2 huhuhuhu..
Tunggu...tunggu... bila sanpai serunya... 20 entry sehari aku post... hahahaha...

Ok...resipi akok...

Bahan-bahan:

  • Gula melaka 1 gelung besar @ 2 gelung yang kecil
  • Daun pandan 2-3 helai
  • Telur 5 biji
  • Gandum 1/2 cawan
  • Secubit garam
  • Air 100ml
  • Santan 1 kotak kecil
Langkah2 penyediaan:


  1. Cairkan gula melaka bersama 100ml air dan daun pandan. Apabila dah cair, tapis dan sejukkan
  2. Masukkan kesemua bahan tadi *(gula melaka,telur, gandum, santan dan garam) kedalam blender dan blend sehingga sebati. Tapis adunan untuk dapat adunan yang silky smooth. 
  3. Panaskan waffle/cupcake/sandwich maker *(atau apa2 peralatan memasak yang menggunakan konsep pemanasan bahagian atas dan bawah. Oven pun boleh tapi suhu sy xtau sebab saya guna waffle maker)
  4. Siap...!!!! Nyum nyum nyum!!! Oh lupa...klu nak hangit2 sikit bakar la lama sikit... tp  klu guna waffle maker.. since batter kita nipis je... jgn garing sgt... nnt hilang kelembutan akok..bakar jangan dia coklat sgt..xpe..nnt korang buat korang akan faham.apa yg aku nak sampaikan ni hahahaha.. 
Ni ha...semua masuk dalam blender...

Adunan tadi akan dapat 8 keping akok bersaiz waffle... jadi klu nak banyak.. korang buat la double ot triple sulatan bahan yang aku berikan tu.. 

Selamat mencuba.. majulah akok demi perut tercinta... since dah berjaya buat akok the queen control *(queen tapi lg hebat dari king) of all the kuih hahahaha... maka rasanya xde masalah la aku nak buat kuig cara & kuih bakar tu..very the easy peasy one lah... *bongkak* hakhakhak... 

Bye bye.. =)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...